Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, November 6, 2009

Kisah Dongeng dari Putrajaya???

Suatu hari teman berjalan-jalan di tebing sebuah tasik.. tiba-tiba teman ternampak seekor katak yang sedang melompat-lompat berhampiran semak! Ohh!! agak ganjil katak tersebut kerana bertali leher! teman pun menangkap katak tersebut dan melihat dengan lebih rapat 'peribadi' katak tersebut.
Tiba-tiba katak tersebut mengeluarkan lidahnya dan menjilat pipi teman!!
lalu tak semena-mena katak tersebut telah menjelma menjadi sebuah Gedung membeli-belah setinggi 5 tingkat siap dengan eskelator dan geran hak milik yang tertera nama teman!!! wahhh!!!
'Aku kayoooo!!!" PEKKK!!! satu penampor tahap Ultraman taro hinggap di kepala teman!
Ngigau apa ko ni yeop!!! sound mak teman yang berdiri di tepi kerusi panjang sambil buat muka tak puas hati!!

Laaa... mimpi rupanya aku!!!

Kisah diatas adalah cerita rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Cerita di bawah Wallahua'lam...

sunsnake 6.11.2009

RM7 juta hargai kejujuran Rosmah
Nov 6, 09 3:55pm
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan persatuan isteri wakil rakyat BN di setiap negeri.

Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah, manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya.

"Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.

Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. BERNAMA

Makin terserlah ke'UMNO'an Pengarah JAIS!


Rujuk isu disini - AJK masjid pertahan tindakan jemput Dr Xavier berucap

Teman memang tak berapa cerdik hal agama tapi takkan bukan Islam masuk dewan masjid pun jadi hal? Habis tuh? yang kontraktor-kontraktor Cina repair air-cond,bumbung malahan buat wiring dalam masjid tu macam mana?

Teman dulu pernah lihat sendiri bagaimana pekerja-pekerja kontrak cina yang teman pasti bukan muslim dok bergelak ketawa sambil mengecat bahagian dalam kubah masjid jame' Tanjung Malim, jadi kenapa Pengerusi JAIPk tak ambil tindakan undang-undang ke atas AJK masjid? kenapa??

Sebabnya satu je.. sebab AJK masjid waktu tu adalah UMNO.. tak kira la Perak ke, Selangor ke.. Uganda ke.. as long as yang tadbir tu UMNO, bawak la Mariah Carey masuk masjid pun tetap dikira betul untuk tujuan dakwah barangkali!!

Ikut logik otak teman ni, takde apa masalahnya nak jemput bukan muslim ke dalam masjid, lagipun majlis yang bersih dan rasmi, bukan saja-saja dia masuk! dia pun tak berani nak masuk kalau sekadar untuk suka-suka!

Kalau dikenangkan, bagaimana agaknya YB Tian Chua hendak melawat Masjid Batu didalam kawasannya kalau ada laporan kubah belah dalam masjid tu rosak? adakah sekadar melihat gambar? tak prihatin pulak kata orang UMNO bahagian Batu.. Itulah realiti sebenar manusia-manusia yang totok UMNO termasuk la 'Boss' JAIS ni.

Makin lama makin jelas ke'UMNO'an nya.. Setiap tindakannya PASTI bermotifkan politik dan PASTI berunsur ke'UMNO'an. Amat-amat memalukan Islam keseluruhannya.

Disaat Paderi-paderi Kristian membuka pintu gereja sebesar-besarnya untuk dimasuki oleh orang muslim terutama anak-anak melayu, Pengarah JAIS ini secara tegas 'menutup' pintu-pintu masjid untuk dimasuki oleh bukan Islam! apa agaknya dalil yang ada dalam otak 'karat biru' hamba Allah ini.

Teringat teman kisah benar yang dialami oleh Ustaz Muhammad Fitri (bekas sami masuk Islam di tangan Harun Din). Bagaimana beliau membawa seorang sahabatnya orang Belanda melawat Kuala Lumpur, singgah sebentar di Masjid Wilayah, Jalan Duta untuk solat jemaah. Sahabatnya tadi meminta izin beliau untuk melihat bagaimana muslim bersolat. Dia minta sahabatnya tadi duduk di belakang sekali(bahagian dinding).

Sebaik sahaja beliau habis solat, didapatinya sahabatnya tadi telah tiada di dinding belakang tadi. Akhirnya beliau menemui kembali sahabatnya itu di pintu pagar luar masjid!!!
Apabila ditanya mengapa dia bangun? dijawab oleh lelaki Belanda tadi bahawa sebaik sahaja jemaah mula bersolat, ada seorang lelaki mengherdik dan menghalau dia keluar dari masjid berkenaan kerana bukan muslim!! Subhanallah!! Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran lelaki itu!!!

Mungkin lelaki yang bangang itu adalah Pengarah JAIS tu kot???

sunsnake 6.11.2009

mungkin boleh rujuk disini
-Kelas Peradaban nawawi