Maknanya RTM,TV3 dan seumpanya hari-hari dok angkat bakul!
Hari-hari dok puji kemajuan Malaysia..
Kehebatan Perdana menteri Najib..
Ke'berhemahan' Rosmah suami Najib..
Kebijakan pemerintahan UMNO selama lebih 50 tahun nih!
tengok la siaran yang diterbit oleh jabatan kerajaan..
iklan 1Malaysia pun dah cukup membuktikan betapa tingginya bakul yang diangkat oleh UMNO!
belum iklan kartun Pak mat dan keluarga tu lagi! (pak mat ke nama dia?)
adehhhh!!
sunsnake 02032011
Mursyidul Am Pas 'angkat bakul' sendiri
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.
Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.