Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 28, 2012

PR dah ada... BN ada?



Ada kami kesah ke wahai SPR UMNO?


hehehhe..
Hanya dalam Pakatan Rakyat situasi diatas boleh dilihat...
Orang cina kibar bendera PAS
Orang India kibar bendera PAS
Orang melayu kibar bendera DAP dan PKR..

Dalam BN ada?
Tak pernah lagi ada orang melayu UMNO kibar bendera MCA dan MIC!
Gila nko!! kena sumpah pulak karang!!
Cina nak ibar bendera UMNO? ayyaaaakkk!!
Ala gamba kelis maaaaa!!
India nak kibar bendera MCA?
Yennadeyyy!!!! 

budakbalun 28052012

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih 

KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Pakatan 'tak boleh guna logo sendiri' dalam PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

NONEOleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di
kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (kiri).

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas.

Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.-mkini

Sah! PKR Lembah Pantai Pembohong!!!


Asyik nak membohong je PKR neh!
Nampak?? Tak betul ke apa yang Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai cakap?

Apsal tak cekup je siapa yang baling batu@telur@bearing tu??
kalau cekup ada la bukti siapa yang baling!!

Lagipun.. mana ada bukti siapa yang baling!!

Yakinlah... pakcik tu baling kepala dia sendiri dengan bearing!
Macam mana cara pakcik tu baling?
Tak yah fikirlahhh
Mana pernah pencachai UMNO guna otak untuk berfikir!

Kalau Berita Tv3 malam ni kata, ada seekor lembu bertelur instead of beranak...
Kompom pencachai UMNO akan percaya!!
Sesiapa yang tak percaya pasti akan digelar penderhaka kepada agama,bangsa dan negara!!
Tak lupa... akan di chop sebagai pencachai Ambiga dan DAP!!

Percayalahh..
Pakcik kat atas tu telah membaling dirinya sendiri!
Ini bukan kerja UMNO!!!

wakakakakkakaa!!!  Phuiiiii!!!


budakbalun 28052012

Lembah Pantai: Mengapa PKR tak 'cekup' orang Umno?

Jika PKR begitu pasti yang Pemuda Umno yang melontar batu di majlis ceramah mereka Khamis lalu di Lembah Pantai, mengapa mereka tidak cekup ahli tersebut?

Mohamad sazali kamilan umno lembah pantaiItulah persoalan yang ditanya oleh Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan (kanan).

Katanya, beliau difahamkan apabila seorang ahli (PKR) cedera terkena objek yang dibaling, seorang ahli Umno berbaju merah berada dalam khemah ceramah PKR membantu orang berkenaan.

Menurutnya, jika benar Pemuda Umno membaling objek tersebut, mengapa PKR tidak mencekup ahli Umno tersebut.

Katanya PKR tidak bertindak demikian pada malam tersebut, tetapi sebaliknya mengeluarkan "bukti video" yang menurutnya tidak "benar-benar menunjukkan dari mana objek yang mengenai hadirin kedua-dua belah pihak (PKR dan Umno), dibaling".

Sazali juga bertanya apakah bukti yang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ada bahawa Umno yang membaling objek itu dan mengakibatkan kecederaan.-Mkini