Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 4, 2010

Pokok Hutan pun dapat tumpang berkat!


Bila Pakatan Rakyat dipilih rakyat untuk memerintah Selangor ni..
Pokok dihutan pun dapat diselamat!

Selama ni dengan UMNO..
Lagi Hidup Melayu..
Lagi banyak tanah rezab ditukar jadi pelik?
Kompom yang dapat untung sebenar bukan melayu!
Melayu UMNO je makan atas angin!

Teruskan rakyat Selangor..
memilih Pakatan Rakyat dan menolak terus UMNO-BN ke Sungai Klang!
Dalam pRU ke 13 nanti!

sunsnake 04032010

Selangor wartakan semula hutan Kota Damansara
Mac 3, 10 4:50pm

Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan semula Hutan Kota Damansara, meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar), sebagai hutan simpan kekal dari 18 Feb tahun ini selepas kempen selama lapan tahun oleh Friends of Kota Damansara (FKD), sebuah badan bukan kerajaan, kata pengerusi bersama FKD Jeffrey FK Phang hari ini.

FKD ialah gabungan 20 persatuan penduduk dan kumpulan alam sekitar yang berkempen bagi Hutan Kota Damansara dimanfaatkan bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Asalnya dikenali sebagai Hutan Simpan Sungai Buloh, kawasan hutan itu pertama kali diwartakan pada 1898 membabitkan kawasan 6,590 hektar.

"Ia memegang rekod sebagai hutan tertua diwartakan di Malaysia sehingga 1983 di mana separuh daripada kawasan asal hutan simpan itu digunakan bagi pertanian," katanya dalam kenyataan.

Pada 1992, seluas 1,600 hektar diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan bandar Kota Damansara manakala pada 1993, kerajaan negeri memperuntukkan 402.6 hektar daripada kawasan hutan simpan itu bagi taman botani.

Apabila perancangan bagi taman botani dibatalkan dan cadangan pembangunan bagi kawasan itu diterbitkan pada Mei 2002, penduduk mengadakan bantahan pertama.

Pada Disember 2007, Draf Pelan Tempatan Petaling Jaya 2020 mendedahkan hampir seluruh kawasan tanah itu diperuntukkan bagi pembangunan perumahan dengan satu kawasan kecil diperuntukkan bagi rekreasi.

Berikutan pewartaan terbaru kawasan itu sebagai Hutan Simpan Kekal oleh kerajaan negeri, ia juga diklasifikasikan sebagai kawasan hutan untuk penyelidikan, pendidikan dan rekreasi, kata Phang.

- Bernama

Harga Minyak - Esok(4 April) Kerajaan Umum ye?


Hmm.. Apalah nasib lepas nihhh...
Duk negara ada minyak pun rasa macam dok Singapura!

Selalunya hujung-hujung tahun dok tunggu macam ni gak laa..
tak sabar-sabar nak tunggu siang..
tapi dok tunggu berapa boss nak bagi bonus!

Ni awal-awal tahun macam ni..
pun kena tunggu gak!
tunggu berapa nak kena bayar!

apa pun..
sama-sama la kita tunggu ye?
senyummmmm...

sunsnake 04032010

PKR.. Apa hal?



Sorang demi sorang MP PKR keluar parti..
Apa ada hal??
Macam kompom je ada problem dengan 'kesetiaan' PKR nih?
Atau 'kompom' UMNO punya kerja!

Haaa... sebut pasal UMNO punya kerja ni..
Kalau pun betul UMNO punya kerja..
Terrer betul!! Seolah-olah setiap gerak geri MP dan ADUN PKR ni diintip!
Setiap masalah mereka terutama peribadi di tinjau dan dianalisis!
Sampai tahap masalah kewangan mereka pun diketahui dan siap boleh digunakan lagi!

Malangnya.. 'selipar-selipar' ni keluar PKR dan tak mahu letak jawatan!! Tu yang kompom!
Memang keturunan 'selipar' puak-puak nih!

Apa-apa pun.. teman respect dengan gerak kerja UMNO kali ni..
Senyap-senyap hampir serentak MP PKR keluar parti!
Macam semut keluar lubang lepas kena spray!

Hmmm.. mungkin dah tiba PKR mengukur saiz sebenar baju depa..
idak la semua kerusi nak ditanding walaupun takde calon yang betul-betul bagus!!
Sedar diri sikit yeeeeeee? biasa la parti muda..
macam orang muda gak laaa..
bunyik macam banyak santan.. tapi isi bukan boleh mesin pun ..

jangan mare aaaa..

sunsnake 04032010

Taktik menakutkan Polis trafik/JPJ!

Malam sahaja boleh dipraktikkan..
Cuma praktikal ke tak tu yang tak konfiden tuh!

aduuuhhh!

sunsnake 04032010

Sebelum dipasang lampu 'ajaib'


Tiada apa lagi.. lom pasang lampu 'ajaib'


Haaaa.. nilah dia lampu 'ajaib'.. dipasang di panel meter motor anda!


Haaaa.. ni la jadinya!! Macam hantu cina!


Memang 'jammed' laaa Polis / JPJ yang buat night roadblock tuhhh!!

Selamat Mencuba!