Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, August 24, 2010

Apabila OIC Pun Dah Macam UMNO!



Teman melihat OIC memang sejak dahulu tak berfungsi..
Yang ada cuma kemegahan sewaktu bersidang dan peluang kroni kerajaan tuan rumah untuk merembat budget!

Arab Saudi yang ada Mekah didalamnya..
Negara-negara Arab yang kaya-raya..
Malaysia tak payah cerita laa..
Israel berdehem sikit mau 5-6 orang Palestin sanggup ditembaknya!

Inilah akibatnya apabila OIC hanya menjadi boneka kepada Amerika dan sekutu kuatnya Israel..
Kadangkala, OIC ini pulak menjadi halangan kepada pejuang-pejuang jihad diseluruh dunia!

Ni lepas ni kompom Pakistan akan berpuluh tahun malahan mungkin beratus tahun terpaksa menjadi abdi kepada IMF..

Pada pendapat teman laa..
Jauh lebih baik Arab Saudi tolong Pakistan ini daripada sibuk buat Tower jam gergasi di sebelah MasjidilHaram... Jauhhhh lebih baik!

Ntahlah.. mungkin keturunan Raja Saudi rasa lagi senang masuk syurga kalau buat menara tinggi-tinggi kot?

susnake 24082010

Pakistan seeks IMF loan restructuring after floods‎

Officials from Pakistan are holding talks with the International Monetary Fund to discuss its $11bn loan package in the wake of the devastating floods.

The IMF's regional director, Masood Ahmed, told the BBC the organisation wanted to find a way to help Pakistan "through this difficult phase".

This could include lowering some fiscal targets or allowing Pakistan to apply for emergency natural disaster funding.

Earlier, UN officials described the humanitarian situation as critical.

They said that although the UN had raised 70% of the $460m (£295m) needed for emergency relief, many people had yet to receive any help. In the UK, relief agencies say public donors have now given £29m ($45m).

Government officials and aid agencies in the southern province of Sindh said 80% of those affected had fled their homes.

Berita Penuh

Sejak Bila Pemuda UMNO simpati kat Masjid?

Pemuda UMNO! Jom ke Surau!

Jom!!!!


Aikk??
Seingat teman..
masa Kerajaan Selangor Khir Toyo dulu bukan main banyak meroboh dan menutup masjid dan surau di seluruh Selangor..

Setahu teman..
sewaktu masjid Kg Bujal kena roboh dulu pun..
Pemuda PAS yang dok kalut ke sana ke mari minta bantuan dan simpati..

Sekenangan teman laaaa...

Lain la kalau aktiviti hiburan!!
Ehhh Pemuda UMNO lah Championnya!
Apa dia? bukti?
Tak yah minta kat teman laa..
gi je search kat lebaigoogle..
InsyaAllah jumpa..

Apa-apa pun.. Tahniah KJ..
At least dengar jugak suara kamu..
lama sangat senyap sejak balik treneng wataniah nih!
hmmm... isteri sihat? pak mentua sihat? mak mentua tiri sihat?

sunsnake 24082010

Pemuda Umno juga mahu gotong-royong pulih surau disimbah cat

August 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menawarkan gotong-royong bagi membaik pulih Surau Taman Pulai Impian di Seremban yang disimbah dengan cat merah, semalam.

Beliau mengarahkan Pemuda Umno Negeri Sembilan agar mengadakan gotong-royong dalam masa terdekat.

Semalam Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mengadakan kempen gotong-royong bagi mengatasi kerosakan surau itu.

Beliau mahu bertemu jawatankuasa surau hari ini bagi menyampaikan kesediaan SAMM memperbaiki premis itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairy berkata, Pemuda Umno pusat begitu kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertangungjawab segelintir pihak yang telah mengakibatkan Surau Taman Pulai Impian disimbah cat dan dibaling dengan beberapa botol arak sebagaimana yang dilaporkan berlaku awal pagi semalam.

“Insiden ini yang melibatkan serangan ke atas rumah ibadat, sebagaimana kejadian-kejadian lepas yang membabitkan beberapa masjid dan gereja awal tahun ini, adalah satu yang amat keji dan tidak boleh diterima sama sekali.

Berita Penuh

Surau kena Cat - Sah! Angkara bukan Islam?


Teman sempat meninjau facebook Pemuda UMNO Malaysia tadi..
depa lagi advance dari Polis sebab awal lagi depa dah kompomkan ianya perbuatan budak-budak berbangsa cina!!
Tapi depa gelar DAPP.. hmm hebat betul puak2 ni!

Polis pulak tak macam kes bunuh & bunuh diri pemimpin UMNO hari tu, terus jatuh hukum dan sahkan siapa yang buat dan apa motifnya!
pergghhh!! cekap gilerrr!! inilah bukti Polis terbaekkk!!

kepada semua.. tafsir lah sendiri..
orang kalau dah tersepit.. agama pun dia jual..
sama macam satu parti tu..

sunsnake 24082010

Empat remaja ditahan bantu siasatan surau disimbah cat

TERKINI @ 01:25:54 PM 24-08-2010
August 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Polis Negeri Sembilan telah menahan empat remaja berusia 16 hingga 18 tahun awal hari ini berhubung kejadian surau di Taman Impian Pulai Impian, Seremban disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, remaja Cina terbabit telah bertindak demikian ekoran salah faham dengan anggota surau tersebut.

“Mereka bermain mercun sehari sebelum itu dan telah diminta supaya tidak berbuat demikian oleh mereka dari surau,” kata Osman pada sidang media di Seremban hari ini.

“Ini bukan isu perkauman ataupun isu agama,” kata beliau.

Osman menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan nakal ekoran salah faham yang kecil.

Osman juga berusaha meredakan isu itu dengan berkata, serangan itu tidak menyebabkan kerosakan besar kepada surau.

Berita Penuh

Pimpinan Pakatan Rakyat! Standby!


Nasihat teman buat pimpinan PR..
Standby!
Nampak gayanya Operasi Lalang 2 akan bermula!

UMNO dah tak nampak dah jalan lain nak kembalikan reputasinya..
Dan jangan sekali-kali kita menyangka yang UMNO takkan tergamak untuk mengulanginya!
UMNO pasti akan tergamak!

Tiada yang mustahil dalam dunia UMNO nih!

Kalau dah berpolitik tanpa Islam.. inilah jadinya..

Bunuh dan bunuh diri pun boleh jadi budaya!!!
sunsnake 24082010

Hishammuddin: Tindakan tegas terhadap pihak yang bangkitkan sensitivity kaum, agama

August 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam keharmonian dengan cara membangkitkan sensitiviti kaum dan agama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata walaupun laporan mengatakan isu tersebut tidak begitu ketara di peringkat bawahan tetapi ia perlu dibendung supaya keselesaan rakyat terjamin.

“Laporan yang saya terima tidak melihat satu keadaan yang tegang dan membimbangkan, tetapi dalam hal ini, dari dulu lagi saya telah tunjukkan bahawa kita ambil tindakan yang tegas.

“Saya memang tak suka dan tak akan benarkan perkara-perkara sebegini mengeruhkan keadaan,” katanya ketika diminta mengulas kejadian sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah cat merah pada awal pagi tadi.

Berita Penuh