Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, August 24, 2010

Sejak Bila Pemuda UMNO simpati kat Masjid?

Pemuda UMNO! Jom ke Surau!

Jom!!!!


Aikk??
Seingat teman..
masa Kerajaan Selangor Khir Toyo dulu bukan main banyak meroboh dan menutup masjid dan surau di seluruh Selangor..

Setahu teman..
sewaktu masjid Kg Bujal kena roboh dulu pun..
Pemuda PAS yang dok kalut ke sana ke mari minta bantuan dan simpati..

Sekenangan teman laaaa...

Lain la kalau aktiviti hiburan!!
Ehhh Pemuda UMNO lah Championnya!
Apa dia? bukti?
Tak yah minta kat teman laa..
gi je search kat lebaigoogle..
InsyaAllah jumpa..

Apa-apa pun.. Tahniah KJ..
At least dengar jugak suara kamu..
lama sangat senyap sejak balik treneng wataniah nih!
hmmm... isteri sihat? pak mentua sihat? mak mentua tiri sihat?

sunsnake 24082010

Pemuda Umno juga mahu gotong-royong pulih surau disimbah cat

August 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menawarkan gotong-royong bagi membaik pulih Surau Taman Pulai Impian di Seremban yang disimbah dengan cat merah, semalam.

Beliau mengarahkan Pemuda Umno Negeri Sembilan agar mengadakan gotong-royong dalam masa terdekat.

Semalam Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mengadakan kempen gotong-royong bagi mengatasi kerosakan surau itu.

Beliau mahu bertemu jawatankuasa surau hari ini bagi menyampaikan kesediaan SAMM memperbaiki premis itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairy berkata, Pemuda Umno pusat begitu kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertangungjawab segelintir pihak yang telah mengakibatkan Surau Taman Pulai Impian disimbah cat dan dibaling dengan beberapa botol arak sebagaimana yang dilaporkan berlaku awal pagi semalam.

“Insiden ini yang melibatkan serangan ke atas rumah ibadat, sebagaimana kejadian-kejadian lepas yang membabitkan beberapa masjid dan gereja awal tahun ini, adalah satu yang amat keji dan tidak boleh diterima sama sekali.

Berita Penuh

0 comments: