Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 4, 2011

BERSIH 2.0 - Ngigau Jenis Apa ni Menteri Oiii!


Wakakakakka!
Ape punya statement nehh!
Teman dok heran gak..

Apa kaitan BERSIH dengan Komunis?
Apa persamaan komunis dengan BERSIH?

So, BOLEH kepada komunis?
Tapi TAK BOLEH kepada BERSIH lah??

ayyooo!!
Makin melalut la luuuu!!!

budakbalun 04072011

Bahan komunis OK jika tiada kaitan dengan Bersih, kata Hishammuddin

July 04, 2011

KAJANG, 4 Julai — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua bahan berkaitan komunisme dan bekas pemimpin komunis akan melalui proses pemeriksaan biasa selagi ia tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan “ideologi subversif” akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0.-mkini

BERSIH 2.0 - Polis Geledah Rumah di Bukit Beruntung?


Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor (Paling kanan) turut hadir menyatakan sokongan kepada 'mangsa'.

Bukit Beruntung 3 Julai - Tidak cukup kedai diperiksa, rumahnya juga turut digeledah oleh pihak Polis untuk mencari bukti keterlibatan beliau dengan BERSIH 2.0. Inilah yang dialami oleh pemilik sebuah kedai buku disini hari ini.

Natijahnya, kesemua pekerja beliau dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa sebermula jam 10 malam sehinggalah jam 5 pagi untuk memberi keterangan kepada pihak Polis.

Hampir 30 orang ahli-ahli PAS kawasan Hulu Selangor termasuk pimpinan seperti YDP PAS Kawasan,Tn Hj Idris, Mohd Nizam Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan dan ramai lagi saf pimpinan kawasan telah turut hadir memberikan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa,ahli keluarga dan para pekerjanya.

Turut hadir wakil daripada PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful dan Cikgu Nasarudin serta beberapa orang yang lain.

Kesemua mereka dibebaskan pada jam 5 pagi Isnin 4 Julai setelah pihak Polis berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan.

Turun 9 Julai!!!

budakbalun 04072011