Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 18, 2010

Khalid MB - Elok Benor la Tak Bertanding..


Dulu..
Jadikan Azmin Ketua PKR Selangor..
Sebab nak bagi Khalid lebih ruang mentadbir Selangor..
Dah cantik la tuh!
Selaku Parti termuda dalam PR.. Ada banyak lagi yang Khalid ni kena belajar...
Sepak tendang politik dalaman apatah lagi luaran..

Banyak-banyak la gi belajar dengan otaimer seperti Ustaz Azizan.. Tuan Guru Nik Aziz..
takde ruginye MB Khalid ni merendahkan diri untuk melompat lebih tinggi!

Teman akui MB Khalid ni genius dalam pentadbiran..
Apatahlagi kewangan...
Tapi dalam politik.. You're too 'lurus'..
so better concentrate kat pengurusan negeri..
Banyak lagi kelemahan kerajaan PR Selangor yang teman sendiri nampak!

Kalau geng-geng PKR nak dengar laa..
Kalau tak nak dengar.. ntahlahhh..
Jangan kena humban dek rakyat terlebih dahulu daripada UMNO suddaaahh!!!
Kelak dengan PAS dan DAP pun terpalit sama!!!

sunsnake 18102010

MB Selangor: Saya tak tanding sebab mahu utamakan PRU-13

October 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.

Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.

Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.

Berita Penuh

0 comments: