Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 14, 2010

Pemimpin Tertinggi UMNO pun tak bersatu??



Aduyaiii!! Sibuk nak ajak PAS bersatu..
Najib-Muhyidin-Hisham Aww sendiri pun macam-macam buyik pasal bersatu nih!!

Muhyiddin - Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Hisham Aww - "Kalau hendak duduk semeja pun tidak boleh, soal hendak bergabung jauh lagilah," katanya. Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata tujuan bagi perbincangan itu hendaklah bagi manfaat semua pihak. "Soal gabung lagi sedikit masa tak ada timbul," katanya.
Najib - "Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut. "Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," katanya.

Sendiri analisis lah ye!
sunsnake 14072010

0 comments: