Takde pulak teman jumpa ayat Al-Quran atau hadis menyatakan Islam ini milik MAIS..
jauh sekali milik raja-raja..
Sedangkan ada raja-raja yang tidak mengikut ajaran Al-Quran sepenuhnya!
Malah mungkin lebih teruk daripada itu!
Takde jugak teman jumpa hadis yang menyatakan Islam ini milik malaon Khusrin ni..
Jauh sekali Islam itu milik UMNO sahaja!
Mengapa di tempat-tempat lain masjid boleh diziarahi oleh bukan Islam?
Apa beza Islam di Turki dan Islam di Malaysia?
adakah kerana Islam di Selangor milik MAIS?
Adakah MAIS itu sendiri lebih Islam dari Islam?
aduyaii!! disebabkan UMNO, Islam makin sempit!
sunsnake 03092010
MAIS : LARANGAN BUKAN ISLAM MASUK RUANG SOLAT LIPUTI SEMUA
Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.
Setiausaha Mais Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment