Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 18, 2010

Siapa Bawa Sampah-sarap di Parlimen wehh!!



hmm.. kalau kita nak ke Batang Berjuntai atau ke Felda Sungai Tengi Hulu Selangor,
jalan paling dekat kalau dari KL adalah melalui highway PLUS dan keluar persimpangan tol Bukit Tagar.. Tapi jangan terkejut jika terlihat semua pekerja PLUS dipondok memakai mask!

Bukan sebab H1N1.. tapi sebab bau busuk sampah! beberapa Kilometer dari situ terletaknya pusat pengumpulan sampah yang terbesar pernah teman tengok!

Tiap-tiap hari beratus lori sampah jenis kontena keluar masuk tol Bukit Tagar hinggakan PLUs terpaksa buat 'siraman air otomatik' di tepi pondok tol mereka untuk mencuci permukaan jalan yang basah dek air sampah apabila lori-lori tersebut berhenti membayar tol!

Memang 'kaw' bau dia tapi apakan daya... Tahniah dan syabas buat petugas-petugas pengangkut sampah tersebut. Suatu pekerjaan yang sangat mulia berbanding sekiranya menjadi Ahli Parlimen Senator yang bukan dipilih oleh rakyat pun! tetapi sekadar memenuhi kuota parti politik ataupun 'ancaman politik' sebenarnya....
sunsnake 18062010

Kabinet Penuh Dengan 'Sampah Sarap'

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.

"Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.

Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.

"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.

Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.

"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.

Suara-Keadilan

0 comments: