Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

Takde modal - Hj Hadi Jemaah Islamiah?


memang macam dah habis modal kroni-kroni UMNO la ni..
Jelas menampakkan UMNO dah betul-betul di pasak ke tepi dinding!

Dah tak tau nak buat isu apa lagi dah!
Main isu Rasuah di Kelantan.. mat Rempit pun tak percaya!
Main isu tanah balak Lojing.. orang Asal mengekek gelak!
Main isu perkauman di Perak, Langsung Nizar menang jadi MP Bukit Gantang!
Main isu babi di Selangor.. babi-babi di Melaka dan Negeri Sembilan pulak gegak gempita!
Main isu gerai buah di Penang.. Terlupa yang Ibrahim Ali orang Kelantan! Bukan mamak!

Yang agak menjadi sikit pun isu Kerajaan Perpaduan..
Nampaknya ukhwah Islam melebihi segala-galanya.. isu tu pun tak jalan dah la ni!

so, dah hujung-hujung ni.. timbul la isu-isu 'hampas' macam ni..

Buat Tuan Guru Hj hadi.. layankan aje...
buat macam dengar budak-budak tadika bersembang..
wakakakaka!

sunsnake 25062010

Jangan hina PAS, Hadi dengan dakwaan JI

June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Dewan Pemuda PAS menegaskan tindakan sesetengah pihak mengaitkan Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) sebagai satu bentuk penghinaan terhadap kepimpinan beliau dan parti berusia enam dekad tersebut.

“Mengaitkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini,” kata Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin juga berkata, tindakan yang mengaitkan Hadi dengan keganasan tidak lain hanya sikap manusia yang ‘terdesak' dan dengki terhadap populariti beliau.

Malah beliau beliau, orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

Nasrudin mengilas laporan mendakwa ada pihak yang cuba hendak mengaitkan PAS dengan pengganas, pemimpin seperti Hadi sebagai individu yang ada hubungan dengan pengganas.

Berita Penuh

0 comments: