Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

Mahathir - Lulus Judi Tu Bukan 'Bapak' Ekstrem Ke?


Kenapa Allah SWT itu hebat? Antaranya kerana Dia mampu membuat sesuatu yang jauh diluar logik akal! Kalau Allah SWT hanya mampu membuat sesuatu didalam logik akal, tidak hebatlah Dia! Na'uzubillahmin zalik!

Dr. Mahathir ini logik akalnya memang hebat! Ilmu Logikanya memang tidak dapat dinafikan kehebatannya! Selalunya manusia sebegini sangat hebat pidatonya..

Malangnya dia terlupa.. Akal itu sendiri Allah SWT yang cipta. Mana mungkin akal yang Allah SWT ciptakan ini mampu menandingi kehebatan Allah SWT? Dan kerana itulah Al-Quran adalah kitab panduan@manual kepada Alam ini an segala isi-isinya termasuk manusia!

Mana mungkin kereta Perodua dibaiki dengan menggunakan manual Kereta Proton?
Begitulah juga mana mungkin manusia ini mengenal diri menggunakan hanya akal sendiri?
Tanpa mengambil Al-Quran sebagai panduan dan pedoman?

Kerana itulah banyak ayat-ayat jahil yang keluar daripadanya! Dan malangnya, tiada siapa pun yang berani menegur beliau kecuali mereka yang tiada kepentingan seperti PAS. Nak harap ulama' UMNO seperti JAKIM,JAIS,JAWI dan pelbagai J lagi? chaitt!! Takut miss soru Syeikh!!!
sunsnake 25062010

Pendakwah perlu bebas pengaruh eskstrem: Dr Mahathir

June 25, 2010

KANGAR, 25 Jun – Pendakwah tempatan perlu bebas daripada pengaruh ekstrem yang merosakkan imej Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata jika ada pendakwah yang terpengaruh dengan amalan ekstrem seperti yang diamalkan di negara Islam tertentu dan cuba mengembangkannya di negara ini, ia akan menimbulkan masalah.

“Mereka perlu berdakwah secara bijaksana dan sesuai dengan suasana tempatan,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-49 di sini hari ini.

Berita Penuh

0 comments: