Akhirnya jelas.. permasalahan kehilangan tanah milik melayu di Pulau Pinang bukanlah bermula selepas kemenangan DAP melalui Pakatan Rakyat 2008 tetapi sebenarnya jauh lebih dahulu daripada itu!
Dimanakah UMNO di Pulau Pinang selama ini?
Apakah yang UMNO buat selama ini memerintah bersama Gerakan di Pulau Pinang?
Bahkan pernah berlaku UMNO memenangi kerusi DUN lebih banyak daripada Gerakan namun jawatan Ketua Menteri tetap diberikan kepada Gerakan?
Dimanakah suara-suara pejuang melayu ketika itu?
Dimanakah suara-suara pemuda UMNO Pulau Pinang ketika itu?
Dan kini, apabila hanya tinggal sedikit hak orang melayu yang tinggal di Pulau Pinang,
UMNO memekik-mekik, melolong-lolong tentang hak orang melayu Pulau Pinang?
Teman yakin, rakyat Malaysia berbangsa melayu semakin faham dan tindakan UMNO mahu menjuarai hal ini sangat pelik dan memalukan!
Teman nampak kerugian yang sangat besar sekiranya permusuhan PAS dan UMNO ini dipanjangkan dan rasanya sudah tiba masa untuk UMNO dibubarkan dan menyertai PAS bagi menguatkan lagi perjuangan Islam di Tanahair tercinta ini!
sunsnake 22112010
Kenapa tanah Melayu mudah tergadai?
KEMELUT dan nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang yang terpinggir telah lama kedengaran. Tetapi ia kini semakin lantang kedengaran disebabkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula mengambil satu demi satu tanah untuk tujuan pembangunan.
Ya...kita tidak boleh menolak pembangunan. Tetapi soalnya, pembangunan yang bagaimana perlu dilakukan agar keadilan sosial dapat dinikmati semua kaum di negeri itu.
Apa yang jelas adalah pembangunan ‘berat sebelah’ iaitu sekadar membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki majoriti penduduk Melayu.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment