Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 11, 2011

Manifesto - BN Menang Taib Ditendang? Hok Aloh?


Adehh!!
Selalunya..
Kempen pilihanraya...
Parti yang bertanding akan cerita apa yang akan dibuat..
Apa yang tak nak buat..
Apa yang parti belah sana tak kan boleh buat..
Apa yang parti belah sini takkan tak buat..

Dan paling penting...
Apa yang rakyat akan dapat!

Ini pelik?
Kempen DS Najib..
Kalau BN menang, Taib Mahmud akan letak jawatan??

Huihhh!!
Ini 1st time dalam arena politik Malaysia neh!!

Semenyampah-menyampah UMNO kat Pak Lah dulu pun..
Lepas menang PRU12 baru timbul isu nak singkirkan@minta Pak Lah resign..

Ini macam dah jadi manifesto BN pulak!
BN Menang Taib Ditendang!

wakakakaka!

makin pelik dan melalut parti BN ni..
Betul la orang cakap..
Makin tua makin nyanyuk..

melainkan mereka yang hafal Al-Quran..

Wallahua'lam..
budakbalun 11042011

Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur ‘segera’

KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Berita Penuh

0 comments: