Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 27, 2011

Ahli UMNO!!! Takkan Nak Tunggu Lagi?

Teman merayu kepada semua ahli UMNO terutama pada ahli-ahli UMNO yang menjadi penyokong bukan pendokong...
Sebab selalunya golongan penyokong UMNO ni dapat sisa-sisa baki keuntungan dunia je..
Isinya kompom habis disebat dek pemimpin-pemimpin mereka..

Tinggalkanlah UMNO..

Presiden UMNO Najib Tun Razak telah menghina Syeikh Yusuf Al-Qardhawi!
Presiden UMNO Najib Tun Razak telah menghina Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah dipimpin oleh Asy-Syahid Hassan Al-Banna!
Dan selepas itu Najib telah mengalungkan Kalungan bunga di Pusara Kamal Attaturk! Bapa regim sekular Turki!!

Ya Allah!! teman sendiri macam tak percaya yang Najib akan buat macam ni!
Teman tak sangka langsung Najib akan menunjukkan kejahilannya sebegini rupa!
Dia langsung tak tahu sejarah Ikhwanulmuslimin atau dia buat-buat tak tahu?
Atau dia sebenarnya boneka Israel di Malaysia?

Sesungguhnya sejak dulu sampai sekarang yang paling takut pada Ikhwanul Muslimin ni hanyalah Israel dan Amerika!

Kepada ahli-ahli UMNO terutama penyokongnya..
Fikir-fikirkanlah kembali rayuan teman..
bukan untuk teman..
tapi untuk kamu semua....

Berfikirlah... buat kali yang pertama dalam hidupmu!

sunsnake 27022011

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Kongsi362
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]



Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]


Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/fatwa-kebangsaan-tidak-terpakai-kepada.html#ixzz1F9pcVwL4

10 comments:

TARANTULA said...

ADUH MERAYU YA

HAI BLOGGER2 PAS ASYIK DOK CAKAP BN NAK JATUH DAH,,,KENAPA NAK RAYU PULA

KESIMPULANNYA PAS DAH JEM BILA ORANG MELAYU MULA MENOLAK...

AKU PUN NAK MERAYU JUGA, BUANGLAH KOPIAH DAN SERBAN ATAS KEPALA ORANG PAS KALAU BAB ISLAM PUN KENA RUJUK DAP

juli2.. said...

Baik ko blah la Tarantula..
Komen x ble blah..
Org suruh tgk gambar tu dulu baru la nk komen..Komen la gambar tu..
Sbb tu la Budak Balun merayu,nilaikan gambar2 tuh,terutamanya org2 UMNO..
Presiden Parti korang pg letak kalung bunga kt kubur Mustapa Kamal Atartuk,bukan pg lawat Makam Rasulullah..
Komen la Tarantula..org bkan suruh komen melalut mcm ko..
Aku malas nk citer psl sirah Rasulullah tentang siapa dan status agama Abu Talib bapa saudara Rasulullah tuh sbb ko bodoh sgt..
Islam x larang buat kawan dgn bukan Islam,mcm UMNO dgn MCA,MIC,GERAKAN dll...
Yg Islam larang ialah Islam dan bukan Islam takut2 org lain tantang Islam..
BODOH PUNYA TARANTULA..BODOH YG TERAMAT BODOH..
Sbb tu Nabi kata kebodohan boleh membawa kpd KEKUFURAN..
Pikir la bodoh ko tu dh ko ke mana..

momo said...

owh.....ni aku tau sebab apa..sebab yang kaur fatwa majlis fatwa kebangsaan,tapi time ni dia kat turki,so bukan dalam malaysia...boleh skip sat fatwa nie..hahaha...ni aku rasa la...

sunsnake@budakbalun said...

Tarantula..
teman baru nak komen..
juli2 dah komen dulu..

kalau perlu merayu..
teman merayu pada kamu..
kembalilah pada Islam yang sebenar..
bukan Islam UMNO ni..
makin lama makin sesat!
kalau kamu tak mahu tak mau jadi ahli PAS pun takpe!
janji kamu keluar UMNO dan sokong PAS diam2..
takde sapa tahu!
Hanya Allah SWT sahaja yang tau apa yang terhunjam dalam hati kamu nanti..

InsyaAllah.. moga Allah pilih kamu sebagai penerima hidayah dengan meninggalkan UMNO!

Ameen!

hasfa said...

Tarantula ni dah memang tugas dia komen merapu lari topik. Bodoh dan diperbodohkan. Sila baca topik di atas tu betul2. Baru pikir apa nak jawab. Belajar la jujur dengan diri sendiri..kesian untuk generasi kita juga.

T said...

SUNSNAKE MERAYU AKU

HAHAHAHAHAH

KESIAN LA...APA INGAT MASUK PAS BOLEH MASUK SYURGA ????

JADI ORANG UMNO MASUK NERAKA KA ???

DOK JAJA PAS PERJUANG ISLAM, TOLAK PERJUANGAN ISLAM BERARTI TOLAK AGAMA ALLAH

BILA MASA PAS DOK PERJUANG ISLAM ?????? CAKAPLA

SETAKAT PAKAI KOPIAH, PAKAI SERBAN MENGAKU PERJUANG ISLAM - PERABIS KARAN JA

juli2.. said...

Naudzubillah...
Ko sedar x yg ko dh terkurang ajar dgn sunnah Nabi memakai serban neh..
Len kali klu x paham adab dgn Nabi,jgn la nk berckp jugak..
Nk kritik dasar PAS x der masalah la bro,ble kemuka hujah dan bukti..
Tp klu dh smpai merendah-rendahkan sunnah,aku yg x pkai serban ne pon nk bg ko penampar dgn kaki aku..
Agak2 sket klu bab sunnah ne..
Klu ko UMNO sgt pun,jgn la smpai kurang ajar dgn sunnah NABI..
Komen la gambar tuh T yg bengap oiii!!!
klu nk merapu mcm org bangang,baik ko blah jer..
Klu org dh buat kerja Khurafat,awak sebagai Ahli UMNO kena la tegur,klu x tegur jatuh subahat la..subahat dgn perkara khurafat ble masuk Syurga ker..
X pyh ckp psl PAS ker UMNO..Gambar tu sbgai tuh bukti,bkn super impose..SILA LA BG KOMEN BERKENAAN DGN GAMBAR KT MAKAM MUSTAPHA KAMAL ATARTUK TUH!!!!
Klu x betul tindakan tu,tggung jawab ko adalah menegur..
jgn la larikan tajuk smpai merapu-rapu dan x sedar yg ko dh hina Sunnah nabi..Klu x faham,baik diam..ne nk berckp jugak..Bila nk jugak berckp,tu yg nampak diri tuh x penah amik berat agama smpai adab dgn Sunnah pun x der..

garagaikareng said...

Oleh kerana nampak jelas akan kebodohan dan kejahilan kamu TARANTULA, aku syorkan kau pergi mengaji lagi, Baca Al-Quran dan fahami MAKSUDNYA, aku ulangi MAKSUDNYA, bukan sekadar makna terjemahannya saja, disini aku bagi contoh ayat yg mudah, itu pun kalau kau pandai baca."FAMAI YAK MAL MISQA LAZARRATIN KHAIRAI YARAH, WAMAI YAK MAL MISQA LAZARRATINS SYARRAI YARAH. (Az-Zalzalah 7-8) sila baca dgn bertajwid. Kau boleh abaikan akan peringatan dari Allah itu sekiranya kau merasa HEBAT dan PERKASA utk merasa api neraka ALLah.mungkin amalan kau dah hebat kut, tak perlukan SYAFAAT NABI lagi dah, sampai sanggup hina pakaian NABI SAW. Beristighfar dan bertaubatlah sebelum ajal tiba.

pokku(putrajaya) said...

aku kalu dengan terantula tokleh nak bui muko...kena tampar jah kakas ni...kalu doh tahik be-end, sampai mati lah dok jadi tahik...berubahlah boh...ore bercakap kena ada ilmu&berdasarkan Alquran&As-sunnah...janghe ikut perut&bawah perut jah boh kalu nak berfikir ni...

lobai joram pergai.. said...

Salam..
Dlm Hadith Rasulullah,Nabi s.a.w mengatakan bahawa umat akhir zaman akan melalui empat babak,iaitu:
(1) Babak An-Nubuwwah (Kenabian)
(2) Babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan yang mengikuti Sistem / Metode Kenabian).

(3) Babak Mulkan ’Aadhdhon (Raja-raja yang menggigit).
4)babak kekhalifahan mengikuti manhaj Kenabian(Era Mahdi & Nabi Isa) (HR Ahmad)
Sebagai pencerahan utk kita umat Islam x kira UMNO/PAS,kalam Rasul ini adalah dtg dari Rukyah yg Allah beri kepadanya sebagai kekasih Allah dan kita yg mengaku sebagai Umatnya..
Seharusnya kita mengimani kalam yg dtg dari Rasulullah..
Dlm konteks Malaysia,kita merasai kesan dari Babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan yang mengikuti Sistem / Metode Kenabian)apabila Islam sampai disini sekitar abad ke 15 dan juga mengalami Zaman Babak Mulkan ’Aadhdhon (Raja-raja yang menggigit)apabila Empayar Melaka semakin luas dan mula menampakkan kezaliman melalui insiden2 yg kita sudah maklumi dlm buku sejarah Melayu sehingga jatuhnya Melaka ditangan Portugis..
Babak ke-3 ini masih berlanjutan sehingga kini krn selepas merdeka kita dibawa utk menganuti fahaman Kebangsaan dan bukan "Aqidah State" krn pengaruh Sekular yg dibawa oleh penjajah semenjak ratusan tahun lg..
Wujudnya PAS antaranya adalah dari percanggahan pendapat tentang Loteri Kebajikan yg tidak disenangi oleh kumpulan ulama dlm UMNO dgn pimpinan tertinggi UMNO ketika itu,dimana Tengku Abdul Rahman meluluskan Loteri kebajikan ini lalu menyebabkan Ulama dlm UMNO ketika itu bertindak keluar dan menubuhkan satu Jemaah yg ingin mengembalikan Malaysia kpd Aqidah State lalu wujudlah Parti Islam Semalaysia(PAS)..
Pentingya aku jelaskan disini supaya kedua-dua penyokong UMNO dan PAS tahu akan sejarah pertembungan UMNO dan PAS adalah menyentuh bab Bernegara dimana temanya adalah Kebangsaan vs Aqidah State..Apa sahaja Isu antara kedua Parti Bersaudara ini adalah berkaitan dgn Aqidah dan untungnya kpd kedua2 penyokong(pd yg mahu berfikir) ialah melalui isu yg dimainkan,kita akan dpt memperbaharui kefahaman kita terhadap agama krn setiap isu akan diberi penjelasan dlm konteks Tauhid dan kita akan beroleh pencerahan dari semasa kesamasa..
UMNO telah byk menyumbang kpd penubuhan Parti2 pembangkang spt PAS,KEADILAN krn masih bertahan dgn fahaman kebangsaannya sedangkan ia tidak menyedari keinginan kpd Tauhid dan keadilan Islam itu lahir dari kelompok dlm Parti mereka sendiri..Aku tidak berhasrat utk menyeru penyokong UMNO utk meninggalkan UMNO ttp kamu perlu ada Stand Tauhid yg kukuh dan berani utk menyatakan perkara yg Haq didepan pemimpin kamu spt mana yg telah ulama UMNO yg menubuhkan PAS dahulu..Siapakah dikalangan kamu yg berani menegur apabila berlakunya perbuatan Khurafat dikalangan pemimpin kamu..
Jika kamu berdiam diri itu bermakna kamu telah melepaskan satu peluang Jihad yg Allah tawarkan iaitu menyatakan kebenaran pd pemimpin yg Zalim..Zalim bukan melakukan kerosakan sahaja ttp tidak meletakkan Haq Allah ditempat nya juga adalah satu bentuk KEZALIMAN..
Memang PAS ada kelemahan disana sini ttp kamu perlu renungkan pula Hadith Nabi yg menyebut,"kelak umatku akan berada dipersimpangan antara kelemahan dan kezaliman..Maka pilihlah kelemahan daripada kamu memilih kezaliman"..