Apalah nasib kita ni..
Dapat TPM pun.. kecoh dengan perkara kecik..
Kes MC pun nak sampai TPM bagi komen?
Berlambak kes MC penjawat awam 1Malaysia..
Idak pulak TPM nak komen..
Oklah.. kalau pun betul suami Normala ni tipu MC..
berapa kerugian negara?
Besar mana kesan dia terhadap etika perguruan?
Idak pulak Muhyidin nak komen kenapa suami Normala ni ditukarkan ke sekolah yang 200Km dari rumahnya!
Sebaik sahaja dapat tahu Normala jadi calon? dengarnya...
So,
Kalau teman nak relate dengan isu lagi besar..
Berapa banyak pulak Rosmah abiskan duit negara apabila 'mewakili' Kementerian Pelajaran melawat ke Semenanjung Arab baru-baru ni?
Yang hotel 1 malam sampai beratus ribu rate nyer?
Bukan 1 bilik.. bilik-bilik lain untuk 'almalak' dia lagi?
Adehhh...
Yang tak tahan tu..
siap suruh Pengarah Pendidikan Johor siasat!!
Bukan mamat tu yang kantoi kempen cikgu-cikgu kaunseling suruh gi kempen untuk BN di PRK Tenang ke? adehhhhhhh!!
Muhyiddin...Adehhhhh!!!! lagi sekali!
sunsnake 28012011
Suami Normala disiasat atas dakwaan salahguna MC
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.
"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit. "Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment