Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 11, 2010

Pemilihan PKR - Teman Dah Agak Dah Mustaffa Oiii!


Teman rasa 'suspicious' gak mulanya bila tengok gambor Mustaffa Kamil Ayud dengan Zaid 'sama-ama' minta Anwar letak jawatan..
Bior benor?
Kalau Zaid sorang tu teman tak heran sangat...
Bekas ahli biasa UMNO yang masuk PKR pun susah nak buang 'tabiat' UMNO.
Inikan pula bekas ketua Bahagian UMNO!
Bekas Menteri UMNO!
UMNO Kelantan pulak tuh!
Kena bagi masa la kat Zaid dan spesis-spesisnya yang dok ada la ni dalam PKR..

Tapi Mustaffa Kamil Ayub ni bukan sebarangan orang..
Dia dah lama dalam PKR..
rasanya sejak era reformasi lagi..
Dia memang terkenal dengan kesetiaannya pada Anwar..
So, ada logiknya gak statement 'cover' dia ni... wakakaka!

Lagipun.. ada 3 orang yang kalau bagi ceramah..
memang 100% tiru style Abang Non..
Mat Ezam, Azmin dan Mustaffa ni la!
Tak caye? tanya Youtube...

Kesimpulannya...
Sudah-sudahlah PKR oiii...
Yang jadi isu pemilihan aje..
Bukan dasar parti..

PAS sendiri berjaya harungi ujian getir berkenaan dasar parti iaitu Kerajaan Perpaduan..
Alhamdulillah.. berkat keikhlasan mungkin kepada perjuangan Islam..
PAS dan ahli-ahlinya berjaya harung..
Walaupun hingga sekarang kadang-kadang duk berbunyi jugak!
Bukan sikit usaha UMNO nak laga-lagakan sesama PAS hatta hingga ke tahap nak melagakan Presiden dan Mursyidul Am!

sunsnake 11112010

Pemimpin PKR jauhi Zaid

Nov 11, 10

Satu persatu pemimpin PKR tampil mempertahankan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, Datuk Zaid Ibrahim. Dalam satu kenyataan hari ini, calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub (kiri) berusaha menjauhkan diri dari Zaid, dengan mengatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar. "Saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah. "Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi. "Saya percaya bahawa Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," tegas Mustaffa.

Berita Penuh

1 comments:

a.samad jaafar said...

betul kate di yeop.. cukup2 la tu..yang palin penting deme mesti jauhkan diri dari media yg haram jadah tu..