Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, November 12, 2010

Bukti Najib Hemah Berbelanja! Syabas PM!

Rumah baru teman.. pun tengah renovate!


RM65 Juta Renovate Rumah BudakBalun?


Teman still dok berfikir lagi ni..
RM65 juta untuk renovate rumah?

MasyaAllah!!
Baru-baru ni teman tukar tingkap bilik anak teman..
Dah reput 100% dihentam dek anai-anai!

Teman upah Wak Indon yang selalu amik 'kontrak' area Bukit Beruntung ni..
Tukar daripada tingkap Nako ke Sliding..
+ simen sikit+ upah = RM450..

Itu pun pada teman dah besor sangat!
kena skip bayor duit kete bulan lepas! huhuhu..
Ntah bila la dapat recover balik duit kete ni!

Sebab lebih penting repair tingkap bilik tu..
bahaya.. Anak-anak teman tidur bilik tu..
Lagipun tingkap tu tak payah tendang..
Bersandar pun dah boleh runtuh!

Bayangkan pulak RM65 juta renovate rumah!

hmmm... Patutla mati-mati Najib ikrar akan pertahankan Putrajaya daripada dapat ke tangan PR!!!

Aduyai..
Macam mana la nak bagi makcik pakcik Felda faham...
Macam mana la nak bagi makcik pakcik di Kg Balun faham!!
sunsnake 12112010

Kerajaan penting ubah suai kediaman PM dari naikkan Cola

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Berita Penuh

6 comments:

a.samad jaafar said...

susahnya berPM kan manusia perempuan ni ye...

mr edz said...

memang takkan paham

blogenstarz said...

Yoep
Teman cuma boleh berkata -
Insyaallah jika PR berjaya Menetap diPutra Jaya , Rumah itulah juga yang akan digunakan untuk PM dari PR.
So... Teman rase cuma ISTANA NEGARA saja yang teman tak dapat nak tinggal.....

Manjeamusyuk said...

Contohilah pemimpin yg sentiasa bersederhana..TGNA.

MOH KEMBARA said...

Salam, sayang ohhh rumoh besor dan mahai tu...akan dipertahankan walaupun tulang berkecai...

sunsnake@budakbalun said...

blogen..
betoi tapi kalau time PR perintah pun macam ni.. teman orang pertama akan hentam macam ni gak!