Teman pun ada gak rasa macam tak konfiden kalau betul-betul ada Pilihanraya Negeri Perak!
uissshhh!!! macam nak menolak bukit wehhh!
sunsnake 06032010
Muhyiddin nafi khabar angin pilihan raya Perak |
|
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin kononnya pilihan raya negeri Perak akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berbangkit lagi kerana isu di Perak telah pun selesai.
"Masih ada lagi tiga tahun sebelum sampai tempoh hayat Dewan Undangan Negeri (Perak) dan Parlimen, jadi yang penting sekarang bila mandat telah disahkan, kesahihan sudah tidak dipersoalkan, kita bekerjalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN di Taman Tasek YDP di Slim River. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk membangunkan ekonomi dan rakyat kerana itu yang ditunggu oleh mereka.
sumber -
malaysiakini
0 comments:
Post a Comment