Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 16, 2010

Bangsa Melayu lebih hebat dari bangsa India!



maaf cakap.. masa teman kecik-kecik dulu.. teman selalu diceritakan kisah orang India bunuh diri!
Maklumlah.. teman ni duduk di kampung yang dekat dengan petempatan orang india... malahan ada orang india yang lalu hari-hari depan umah teman gi menoreh!

Masuk sekolah rendah.. lagi ramai kawan india.. teman sekolah di sekolah kg balun takat darjah 5.. lepas tu tukar ke sekolah di Slim River.. kat sini pun selalu gak teman dengor cerita India bunuh diri!

masuk sekolah menengah lagi la teman ramai kawan India.. dalam kelas teman saja dah ada dalam 10 orang India.. pun teman masih dengar kisah-kisah India bunuh diri.. minum racun laa.. gantung leher laaa.. tikam dengan pisau laa.. overdose todi laa.. macam-macam!

Tapi la ni tak sure la pulak banyak lagi ke idak kes India bunuh diri.. Yang pasti.. Melayu pulak semakin 'menjuarai' kes-kes ni.. Yang pelik selalunya India bunuh diri sebab kalah judi..
Yang melayu bunuh diri sebab putus cinta!!!

Putus cinta dengan Allah idak pulak difrustkannya? putus cinta dengan awek pulak sampai tergamak mati kafir! Mana Islamnya? Mana Imannya? takkan kosong langsung ilmu Islam dalam hatinya?

Hmm.. JAKIM nak kata apa agaknya dalam isu ni ye?

salahkan Curt Kobain kot sebab jadi ikon suicide nih!
sunsnake 16062010

Nota dalam tangan mayat kena gilis

2010/06/15

BUKIT MERTAJAM: “Sha...012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati...,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.


Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.
Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.
“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.
“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

Berita penuh

0 comments: