Banyak sangat yang teman nak ulaskan dengan tajuk berita kat bawah ni!
minta sahabat lain bagi pendapat la dulu!
Banyak kebaikan.. tapi terlebih banyak kegagalan yang teman nampak!
Kalaulah yang menghantar anak tu melayu Islam.. takkan nak terima saja?
Takkan takde hukuman?
macam hantar anak kucing ke pasar basah pulak!!!
sunsnake@budakbalun 29062010
Bayi pertama OrphanCare
KUALA LUMPUR: Pusat pelindung bayi OrphanCare yang ditubuhkan bagi menempatkan bayi terbuang untuk diserahkan kepada keluarga angkat menerima bayi pertamanya 26 Jun lalu. Presidennya, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata bayi berusia lima hari itu diserahkan ke pusat berkenaan oleh ibu bapanya berusia 20-an yang belum bernikah.
“Pasangan itu menyembunyikan kehamilan daripada keluarga masing-masing dan menempatkan sementara bayi mereka di sini sementara membuat keputusan sama ada hendak menjaga atau menyerahkan terus bayi mereka di sini,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Adnan berkata, hingga kini terdapat lebih 300 pasangan mendaftar dengan OrphanCare bagi proses pengambilan anak angkat dan pihaknya yakin tiada masalah untuk memilih ibu bapa angkat sesuai untuk bayi berkenaan.
Justeru, katanya, pasangan yang berdepan masalah sama diseru untuk menghubungi OrphanCare bagi mendapatkan bantuan atau khidmat kaunseling.
Pusat berkenaan di Kampung Tunku, Petaling Jaya dibuka 24 jam hanya bertindak sebagai transit saja dan bayi terbabit akan dijaga dan ditempatkan di pusat ini tidak lebih daripada seminggu sebelum diserahkan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan dengan sempurna.
“Kami juga akan mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan pengambilan anak angkat kanak-kanak selain bayi kerana kami percaya mereka lebih sesuai berada di rumah berbanding pusat jagaan,” katanya.-metro
0 comments:
Post a Comment