Sunday, May 23, 2010
Bukti berpolitik didalam Masjid!
Di dalam surah Saba' ayat 31 & 32, Allah telah membangkitkan mereka-mereka yang zalim (yakni seorang pemimpin) di hadapanNya untuk dihisab, maka berlakulah tuduh menuduh antara mereka-mereka yang bergelar pemimpin dengan rakyat.
Berkata si pemimpin, "Kami menjadi zalim bukanlah kerana salah kami, bahawa rakyatlah yang memilih kami yang meletakkan kami berdiri di sini (menjadi pemimpin).
Maka rakyat yang dituduh itu pula membalas, "Kalau tidak kerana penipuanmu, sudah tentu kami telah menjadi orang-orang yang beriman"
Dan dibalas pula si pemimpin, "Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk (Al-Quran) sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa”
Begitulah bukti jelas bahawa ayat-ayat di dalam surah Saba' ini adalah ayat politik. Kalau bukan politik apa lagi perlu disebutkan? Tidakkah kamu berasa malu, terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang lain juga membicarakan tentang perkara-perkara yang lebih kotor dari politik. Contoh, ayat yang melarang para suami mendekati isteri yang sedang dalam keadaan tidak suci (kotoran haid), bukankah haid itu benda kotor? Ianya disebut di dalam Al-Quran dan dibaca di dalam solat kita, malah di DALAM MASJID!
Malah banyak lagi ayat-ayat seperti di atas, seperti bersetubuh, najis, dan lain-lain juga dibaca di dalam Al-Quran dan masuk di dalam MASJID!
Kalau politik itu kotor, mengapa ayat-ayat yang membicarakan perkara-perkara kotor di dalam Al-Quran tidak dilarang dari disebutkan di dalam MASJID???
Seperkara lagi, adakah kamu benar-benar beriman dengan Kitab Al-Quran??? Adakah kamu mengambil kesemua kandungannya??? Jika kamu menolak sebahagian daripadanya, TERMASUK dengan Ayat-ayat itu tadi, maka JELAS kamu adalah Al-KAFIRUN..........
Begitu juga Ayat-ayat dalam Surah al-Maidah, sebagai contoh ayat ke-44,; "Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Muhasabahlah diri, anda berada di keadaan mana sekarang???
sumber - TKO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment