Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 12, 2012

Ku Li Pengkhianat Agama! Bangsa Dan Negara!

Bila mamat ni nak ludah Ku Li?

Teman dok tunggu jugak bila UMNO nak ambik tindakan kat Ku Li nie!
Yang Ku Li dok dalam UMNO sokong BERSIH..
Yang Ibrahim Ali duk luar UMNO bukan main bodek si Najib Presiden UMNO!
Wakakakkaka!
Dunia dah terbalik wehhhh!!

budakbalun 12042012

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.

Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.

“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li (gambar) ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka,” tegasnya di petik Harakah Online. - Minsider

0 comments: