Tuduhan teman... modus operandinya..
1. Angkut hantu-hantu ni awal-awal gunakan bas.. secara pukal... simpan di IKBN @ tempat-tempat sewaktu dengannya..
2. Angkut pulak secara runcit.. bawak la 2-3 orang sekali.. guna estima lagi ramai leh bawak! Hangkut ke rumah-rumah UMNO atau rumah-rumah orang UMNO mahupun sewaan UMNO..
3. Di hari mengundi nah! inilah hantu-hantu yang akan bergerak seolah-olah orang tempatan!
Nama dah ada dalam daftar pemilih! Silap2 hanya daftar di pondok PR sahaja yang tiada! Pernah jugak berlaku daftar pemilih milik BN sama dengan SPR, tapi berbeza sungguh dengan yang PR dapat! aduhhh!!! Refreenya punnnn... hampeh!
sunsnake 25042010
IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu?
KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi."Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.
"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis.
sumber - Suara-Keadilan
0 comments:
Post a Comment