Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 30, 2010

Warga Kampung & Felda Wajib Selamatkan Warga kota!

Puduraya... teman pernah nyaris tido di tangganya!

Kadang-kadang fikir...
Kesian jugak kat Warga Kota ni...
Apa-apa kesan ekonomi kat negara ni..
Warga Kota la yang paling awal dan paling last kena bahananya!

Kalau baik urusan ekonominya..
Warga kota jugaklah yang mula-mula dan terakhir rasa nikmatnya!

Dalam PRU12 dulu..
Warga kota Kuala Lumpur ni benar-benar telah membuat perubahan..
Benar-benar tekad dan bulat untuk menukar pemerintahan Malaysia!
Bayangkanlah.. UMNO-BN hanya menang satu sahaja kerusi Parlimen di Lembah Kelang nih!!
Lain semua diserahkan oleh warga kota kepada Pakatan Rakyat!
Kalaulah Wilayah Persekutuan ni ada Dun.. Dah lama diperintah oleh Pakatan Rakyat!

Malangnya...
Hakikatnya.. Warga kota hanya akan selamat daripada UMNO-BN sekiranya UMNO-BN kalah di peringkat Persekutuan..
Jadinya... Mereka tetap dibelenggu sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN..
Maka seperti biasa.. dimana ada UMNO-BN disitu ada kezaliman!

Moga warga-warga Felda dan kampung diluar bandar dapat membantu warga kota dengan memastikan Kerajaan Persekutuan diberikan kepada Pakatan Rakyat..
Warga Kota sangat perlu dibantu!
Macam mana teman dapat rasa perasaan warga kota?
Kerana teman ni anak kelahiran KL beb!
Tapi tetap budakbalun!

sunsnake 30112010

Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah. "Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus. "Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Berita Penuh

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam bro, mmg mennyedihkan tgk warga KL, ramai perantau org2 kampung yang mula cari rezeki...

minyak pun dah naik...lg teruk la rakyat

budakbalun said...

w.salam.. apa leh buat.. buat masa ni kita bertahan je laa..
Usaha kena gerak semaksimum mungkin!
Kali ni tumpu di area felda dan kampung..
Felda ni fixed deposit undi UMNO bro!!