Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 13, 2010

Si Cerdik Pasti Nakkan Si Bodoh!


Lee Kuan Yew ni seorang Lagenda dalam politik..
Di peringkat Asia mahupun Dunia, susuk tubuh inilah yang berjaya mendapat Singapura tanpa setitik pun pertumpahan darah!
Malahan kehebatannya dalam ilmu perundingan sangat hebat hinggakan berjaya mengikat perjanjian air dengan Malaysia suatu ketika dahulu..
1000 gelen=3 sen....

Itu dalam isu air.. belum isu Jambatan bengkok dan sebagainya...
Isu tanah jangan cerita laaa...

So, kesimpulannya..
Takkan Lee Kuan Yew nak orang cerdik yang tadbir Malaysia?
Sebaik-baiknya biarlah puak yang pernah di'pusing' dek Kuan Yew ni meneruskan pemerintahan agar Singapura dapat 'faedah'nya secara berterusan!
wakakakaka!
sunsnake 13122010

Azmin: Kuan Yuew tidak terima kepimpinan pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew didakwa tidak dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, pimpinan Singapura termasuk Kuan Yew lebih rela UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara kerana beliau mendakwa parti itu begitu mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

"Mereka (Singapura) lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik," katanya dalam entri terbaru blognya bertajuk Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura di http://azminali.com.

Berita Penuh

2 comments:

keluhum said...

Salam..
Ini x lain tidak nak suruh public alihkan pandangan terhadap kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang yg semakin menekan rakyat..
Toksah layan cerita2 bodoh dari Utusan yg dh rugi kutipan jualannya tuh..
Biokot Utusan smpai jd Muflis!!!!
Apa jasa Singapura kpd rakyat Malaysia sampai dia pulak nk menentukan siapa pilihan kita utk masa depan negara..
Lee Kwan Yiew tulah sebenarnya PENGKHIANAT yg telah merampas Singapura dari Tanah Melayu..
Skrg nk dgr pulak cakap2 kotor dari PENGKHIANAT supaya senang negara neh nk dijual..
Teman sbagai Rakyat Malaysia mendoakan agar Lee Kwan Yiew dan Mahathir dilanjutkan umur supaya mereka dpt menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri peralihan kuasa dari BN ke PR..
BN dh masuk ke Final touch pilihan Raya dimana spt biasa Singapura akan hantarkan oksigen tambahan utk BN bernafas..
Mesti ada Isu yg babitkan Singapura menjelang nk PRU jika korang perasan..
Maka jgn terpengaruh dgn doktrin sayangkan Malaysia bermakna sayangkan kepimpinan yg menguruskan Malaysia sekarang..
Ubah tagline tuh kpd Sayangkan Malaysia bermakna kita gantikan kepimpinan negara kpd yg lebih bertanggungjawab utk menyelamatkan masa depan anak2 dan keturunan kita..

budakbalun said...

w.salam..
sungguh benar tu keluhum!
tapi berita macam ni lah yang sekian lama berjaya memesongkan fikiran waras makcik pakcik felda!

Makcik pakcik kampung balun pun dah sekian lama kena tipu dengan berita2 macam nilah!

adehh!