Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 13, 2010

Zahid 'Sound' Siapa nih? Aduhh!!


Laaa..
Yang dok menjerit-jerit Hidup Melayu! Jangan Khianat Melayu! Hidup Ketuanan Melayu! Jaga Kedaulatan Melayu! bukan UMNO ke?

Yang dok ugut kaum bukan melayu selama ni bukan UMNO ke?
Walhal bukan UMNO serius pun nak jaga melayu!
Dalam hal-hal yang masyukkk.. Hak melayulah yang paling banyak kena gadai!

Buktinya?
Sejak merdeka.. hakmilik orang melayu pada tanah makin kurang ke bertambah?
Kucing kurap tepi pasar borong Selayang pun boleh jawab soalan nih!
Berkurang!!! Malahan dengan drastik!
Mana bukti? carilah sendiri!
Jangan lembab sangat! Jangan malas berfikir sangat!
Jangan hanya harap tertulis dalam Utusan je!
Alamatnya jadi macam Ketua Cawangan UMNO lah!!
lembab berfikir!
sunsnake 13122010

Jangan politik isu perkauman – Zahid

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Isu perkauman tidak harus dipolitik dan dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi tidak akan menyumbang ke arah masyarakat bersatu padu sekiranya dipergunakan untuk tujuan politik.

“Kesannya mengakibatkan semua kaum akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri, tidak kira daripada aspek bahasa dan budaya mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.

“Dalam sebuah negara majmuk, isu perkauman juga tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana semakin banyak perbincangan, semakin jauh jurang pemisah dan sukar untuk mempereratkan perpaduan kaum di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita Penuh

0 comments: