Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 20, 2010

Najib - Utusan perlu lebih intelek? hahaha!


Nak tergelak pun ada.. nak menangis pun ada bila terbaca berita nih!!
Tak pasti pulak teman adakah ianya ikhlas dari hati nurani DS Najib yang paling dalam atau sekadar cakap-cakap kosong sahaja..

Bagaimana mampu Utusan hendak berubah jikalau berita-berita yang disiarkan terlalu bodoh dan membodohkan rakyat! berita-beritanya terlalu bias dan bersifat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang kini rata-rata semakin cerdik maklumat dan mempunya media alternatif yang sangat luas seperti internet.

Mungkin bagi rakyat luar bandar yang sangat kurang ataupun tidak ada langsung kemudahan internet, Utusan dan media TV lain adalah antara sumber utama berita mereka tetapi lambat-laun pastinya kebenaran akan tiba jua kepada golongan ini!

Utusan sebaiknya mengambil contoh media-media cetak Amerika dan Eropah yang sangat telus dan berani berkata benar walaupun hakikatnya terpaksa menyiarkan berita-berita keburukan kerajaan yang memerintah.

Sudah tiba masanya pemilikan parti-parti politik terhadap akhbar yang diberikan lesen penjualan harian dihapuskan dan sewajarnya sejak dahulu ianya tidak berlaku! Sepatutnya akhbar-akhbar harian ini mempunyai hak dan dilindungi daripada sebarang tindakan daripada kerajaan yang memerintah kecuali jika ianya dibawa ke mahkamah sekiranya ada laporan salah lapor. Biar mahkamah yang menentukan..

Persoalannya? adakah mahkamah juga mampu menjadi bebas sebebas-bebasnya?
sunsnake 20052010

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Utusan Malaysia, produk terbitan kumpulan media milik Umno, perlu melakukan perubahan jika mahu kekal relevan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sehubungan itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, akhbar-akhbar terbitan kumpulan tidak seharusnya menjadi organ yang mencerminkan pendirian parti itu semata-mata.

“Saya faham berita-berita sensasi jual... khususnya yang berkaitan seorang individu itu,” kata beliau, dipercayai merujuk kepada serangan berterusan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

“Tetapi anda juga mesti menjadi medium untuk membina budaya intelek, masyarakat yang kritikal,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

berita penuh

0 comments: