Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 15, 2010

Loyar buruk yang makin buruk!


Hari tu mamat ni belasah Lim Guan Eng!
Sampai lunyai dibelasahnya! Dalam TV3 laa..
DAP ni kira parti paling banyak berdoa sebab mundurkan melayu laaaa..
kepala toot dia! Macam la DAP ni memerintah Malaysia sejak Merdeka!

Lepas kena pecat sekonyong-konyong dia belasah Tuan Guru Nik Aziz lak!
Bukan main hebat dia tulis!
Secara tiba-tiba dia curahkan petrol dalam api yang sedang membakar dirinya sendiri..

Hari ni... dia suruh Anwar Ibrahim letak jawatan lak!
Lepas tu secara tiba-tiba gunakan Konvensyen berparlimen pulak suruh Anwar bagi Lim Kit Siang jadi Ketua pembangkang!!

Woit Pengkhianat!
Kamu sendiri yang benci sangat dengan DAP!
Hinggakan disebabkan DAP kamu cuba rosakkan Pakatan Rakyat!

Kamu sendiri yang menyebabkan Anwar dilihat tidak layak jadi Ketua Pembangkang!
Kamu yang memulakan kerja-kerja pengkhianatan ini!
Mengapa Anwar pulak yang harus menerima akibat?

Bersyukur lah kamu di Malaysia..
Dan buat khianat dengan Pakatan Rakyat yang masih mempercayai konsep demokrasi..
Kalau kamu di Colombia.. dah lama kena tembak!

Tak payah di Colombia..
Kalau kamu ni MP UMNO cukup!
Mau habis kena C4!

p/s: bila nak datang lagi Bukit Beruntung?
Boleh teman tepuk dahi kamu dengan selipar jamban!
sunsnake 15032010

Zul: Anwar patut undur ketua pembangkang

Setelah mengkritik keras PKR yang memecatnya dan beberapa pemimpin kanan parti itu, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kini mensasarkan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula. Menulis dalam blognya, Zulkifli (kiri) berkata, Anwar patut melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP dengan mengambil kira konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi. “Menurut konvensyen berparlimen yang diamal (kita) dan nilai-nilai demokrasi, jawatan ketua pembangkang seharusnya dipegang oleh pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang (Ipoh Barat) kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak," tulisnya. PKR kini kehilangan empat ahli parlimen (tiga keluar parti dan satu dipecat). Dengan itu, jumlah ahli parlimen PKR berkurangan daripada 31 kepada 27 orang. Ekoran itu, DAP kini mempunyai kerusi terbanyak (28 kerusi) dalam Dewan Rakyat. PAS pula kekal dengan 23 kerusi.

berita penuh

0 comments: