Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Patutlah Nik Aziz tak bagi rapat dengan UMNO!


Orang tua-tua pun selalu berpesan..

Carilah kawan-kawan yang baik, InsyaAllah.. Kita pun akan turut sama terpalit baiknya.. Jangan cari kawan yang jahat! Bimbang.. Kita pun akan turut sama terpalit jahatnya!

Tepat sungguh kata-kata tu.. Dan mungkin nak kena jugak dengan apa yang berlaku pada dua tokoh agamawan Malaysia ini..
Ilmu Islam tinggi.. sangat tinggi..
Sama tinggi dengan songkok UMNO Johor!
Tapi malangnya ketinggian ilmu mereka dihalang oleh UMNO..
Ini kerana mereka terlalu banyak dan terlalu lama memakan budi UMNO..
Hinggakan lidah mereka kelu dan terhalang untuk berkata benar..
Hinggakan mereka jadi lali dengan kezaliman dan kemunafikan UMNO!

Bayangkan! Amanah Raya ada saham dalam Magnum pun mereka berdua kelu lidah dan badan untuk berkata tidak dan bertindak!

Hebatnya pengaruh UMNO didalam diri mereka!
Mujurlah TG Nik Aziz menolak terus nak bersahabat dengan UMNO nih!
Tuan Guru dah tahu dah apa akibatnya...
Alhamdulillah.. Terima Kasih Tok Guru!

sunsnake 17052010

Lagi desak Harussani letak jawatan

Rupa-rupanya, baru aku tau. Selama ni Mufti Perak yang Umno cukup suka ni, sebenarnya juga pegang jawatan sebagai Penasihat Syariah kepada Amanah Raya Berhad. Selain dari dia turut ada dalam senarai Penasihat Syariah tu adalah Dasuki Ahmad, bekas YDP YADIM.

Aku taktau apa sebenarnyakerja atau tugas Penasihat Syariah ni. Tapi aku yakin antara tugas utama penasihat ni tentulah untuk pastikan semua keputusan dan aktiviti yang Amanah Raya Berhad laksanakan tak menyalahi kehendak dan sempadan syariat.

Dalam isu saham di syarikat judi Magnum Corporation yang ARB pegang ni, kita boleh pilih 2 pilihan mana yang sesuai untuk dua tokoh Islam kesukaan Umno ni.

Pilihan Pertama : Makan gaji buta. Maksudnya tak jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Mungkin kut depa tidur masa ARB cerita pasai saham tu kat depa. Kalau ada yang bangang yang kata mungkin depa ni ditipu atau depa tak dibagi fakta yang sebenar, pada aku tu pun menggambarkan yang depa makan gaji buta, langsung taktau buat kerja.

ARB tu bukan syarikat 2 ringgit. Semua laporan perlu lengkap dan diaudit. Takkan tak pandai-pandai nak cari.

Pilihan kedua : Memang depa ni celaka. Maksud aku, kalau kelulusan pembelian saham syarikat arak tu dibuat dengan pengetahuan depa. Kalau ada yang banggang yang kata mungkin depa dah membantah sekeras-kerasnya masa cadangan pembelian saham tu dibuat, pada aku itu lebih melayakkan depa di panggil celaka.

Takkan tahap depa cukup setakat bersuara masa mesyuarat ja. Kalau betui depa ulama' Islam sebenar, patutnya depa tentang cadangan pembelian saham tu habis-habis, sekurang-kurangnya orang Islam tau bantahan depa tu. Dan depa sepatutnya meletak jawatan sebagai Penasihat Syarah sebagai protes tindakan pembelian saham tu. Tapi, rugi laa, elaun Penasihat Syariah tu saheh beribu sebulan...

MerdekaReview melaporkan:
Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.

Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama UMNO, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi UMNP.

Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."

ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.

PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.

Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.

*Kenyataan media oleh Tarmizi Mohd. Jam selaku Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan. - Merdeka Review


Nota kaki makan cekam: Kalau dah berkawan dengan Umno tak kira sapa, Ulama' pun mesti terpalit sama.

0 comments: