Tak perlu nak bagi peringatan kepada SPR ini...
Dan jangan buang masa dengan desakan mulut sahaja!
Gerakkan BERSIH 2 sekarang!! Inilah masanya!
Jangan tunggu lagi.. Gerakkan di seluruh negara dan kemuncaknya nanti
Demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur!!!
Dah terbukti bahawa Undi Pos adalah sangat terbukti akan ketidak adilannya!
Ruang untuk SPR memenangkan UMNO-BN sangat luas dengan undi POS ini!
Dan Pemansuhan Undi POS adalah salah satu daripada tuntutan rasmi kita di dalam BERSIH 2007!
Dan dah tiba masa semua parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang sama suara menggerakan kembali BERSIH 2!
Jelas SPR gagal memahami apakah tuntutan BERSIH 1 dahulu malahan SPR bertindak lebih berani dan tidak amanah apabila jelas cuba membantu calon BN di Sibu agar memenangi PRK tersebut! Walaupun cubaan SPR itu gagal, mahukah kita hanya berserak kepada takdir dan usaha terakhir setiap kali munculnya PRK dan PRU? Sampai bila? Sedangkan kita tahu, perjalanan demokrasi pilihanraya di Malaysia ini dipenuhi dengan penipuan dan pecah amanah oleh SPR itu sendiri?
Teman menuntut agar gerakan BERSIH 2 dimulakan dengan segera!!
Abang Mat sabu? Amacam? willing to be our Leader.. again?
sunsnake 17052010
Polis, SPR perlu 'transformasi' sikap - Pemuda PAS
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih profesional menjalankan tugas mereka. Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ini kerana kedua-dua pihak tersebut kini dilihat seperti mengikut telunjuk pemerintah sedangkan mereka sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana pihak. "Tindak-tanduk mereka yang kebelakangan ini jelas berpihak kepada kerajaan pemerintah sedangkan sepatutnya mereka harus adil dalam menjalankan tugas masing-masing," katanya. Kepada SPR, beliau merujuk insiden Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu di mana SPR dakwanya enggan mengeluarkan Borang 15 iaitu dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos serta melewat-lewatkan keputusan undi pos. "Semacam ada ‘sesuatu’ yang cuba dilakukan bagi memenangkan Barisan Nasional," katanya. |
berita penuh
0 comments:
Post a Comment