Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Najib lain, Muhyidin lain.. Pakat tak dak la tuh!!


Persamaan Sg Buaya & Sibu

Sehari sebelum rakyat Hulu Selangor keluar mengundi, Najib Tun Razak berjanji kepada pengundi-pengundi Sungai Buaya bahawa sekiranya Barisan Nasional menang, RM49,000.00 akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sebagai bayaran jualan kes tanah tergadai mereka.
Dalam majlis yang sama beliau juga menyerahkan wang RM1000 kepada setiap pengundi yang juga mereka yang berhak mendapat wang jualan tanah tersebut.

Ringkas ceritanya, maklumat yang teman dapat dari kawan-kawan di Sg Buaya, ada yang dapat baki RM49,000.00 itu tetapi bukan semua! Teman tak dapat pengesahan lagi berkenaan hal ini..

Di Sibu lain ceritanya!
Najib Tun Razak dengan modus operandi yang hampir sama, mengumpan pula dengan cara menjanjikan projek tebatan banjir bernilai RM5 juta! Dan setelah BN tewas, sehingga saat ini kelulusan projek itu masih dalam teka-teki..

Teman dapat merasakan betapa tipisnya harapan penduduk Sibu untuk mendapat projek itu! Namun untuk melihat Malaysia yang lebih baik dan adil, inilah antara harga yang perlu dibayar oleh rakyat Sibu yang berjaya membuktikan betapa BN ini WAJIB dikalahkan!
sunsnake 17052010

Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'
Mei 17, 10 6:37pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu. Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu. "Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

berita penuh

Dalam waktu yang sama pulak.. ini kata Muhyiddin Timbalannya..

Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah
Mei 17, 10 7:39pm

Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya. "Segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri atau saya atau mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.
berita penuh

0 comments: