Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 3, 2010

Benarkah Holocaust pernah berlaku?

Holocaust atau Hollow-Cause?


Isnin, 28 September 2009 22:41
altaltAhmadinejad bangga nafikan Holocaust

TEHERAN 22 Sept. - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, beliau bangga mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan kenyataan terbarunya menafikan Holocaust pernah berlaku ke atas kaum Yahudi di Eropah.

Kenyataan itu dibuat menjelang kehadirannya ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini dan menunjukkan keingkarannya setiap masa, walaupun Iran menerima tekanan kuat untuk mengurangkan program nuklearnya.

Ahmadinejad dijadual berucap pada Perhimpunan Agung PBB esok. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh mahu menunjukkan bahawa beliau tidak lemah walaupun tercetusnya keadaan huru-hara selama tiga bulan di Iran ekoran bantahan kemenangannya dalam pilihan raya presiden Jun.

Presiden Iran itu mempunyai alasan untuk menggambarkan kerajaan pimpinannya adalah kuat. Pada 1 Oktober ini, negara republik Islam itu akan memasuki rundingan utama dengan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara kuasa dunia lain untuk berusaha mendapatkan kebenaran program nuklearnya. AS dan sekutunya mengesyaki Iran membangunkan senjata nuklear dan memberi amaran bahawa Teheran sudahpun cukup mengayakan uranium untuk membina bom.

Iran bagaimanapun menafikannya dan berkata ia hanyalah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik. Ini adalah kali kelima beliau menghadiri Perhimpunan Agung tahunan PBB sejak menjadi Presiden pada 2005. Sebelum ini, kesempatan ini digunakan untuk menentang dominasi AS dan Israel.

Dalam ucapannya pada Jumaat lalu, beliau telah mempersoalkan sama ada Holocaust 'benar-benar berlaku' dan menyifatkannya sebagai satu alasan yang digunakan oleh Yahudi untuk memerangkap Barat menubuhkan Israel.

Katanya, negara Yahudi ditubuhkan melalui 'penipuan dan suatu tuntutan mitos'. Semalam, beliau sekali lagi mencetuskan kemarahan dunia menjelang perhimpunan PBB ini ketika menjawab persoalan berhubung kritikan meluas terhadap komennya itu.

"Kemarahan pembunuh profesional dunia adalah kebanggaan bagi kami," katanya yang dipetik oleh agensi berita IRNA.

Sumber : Utusan Malaysia, 23 Sep 2009

Holocaust atau Hollow-Cause?

Beberapa tahun dahulu bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah berkata, “Mengingati peristiwa tersebut adalah penting untuk menolak dakyah orang-orang tertentu yang mengatakan bahawa ianya tidak pernah berlaku dan mengatakan angka 6 juta itu sengaja diperbesarkan. Kita mesti menolak fahaman palsu tersebut, tidak kira ianya datang dari siapa atau dari mana”.

Kenapakah peristiwa Holocaust dikatakan sangat penting? Peistiwa ini menjadi titik hitam sejarah kaum Yahudi sebab didakwa bahawa seramai 6 juta orang Yahudi terbunuh oleh tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah sebulat suara memilih 27 Januari sebagai hari mengingati peristiwa ini. Pada hari tersebut, pusat tahanan Auschwitz yang didakwa merupakan tempat pembunuhan beramai-ramai kaumYahudi telah jatuh ke tangan Tentera Bersekutu.

Persoalan mengenai Holocaust

Di antara individu yang paling lantang mempersoalkan peristiwa Holocaust adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Ahmadinejad bukan sahaja mempersoalkan peristiwa tersebut, tetapi telah menawarkan bantuan kepakaran Iran untuk membuat siasatan terhadap peristiwa Holocaust ini. Namun begitu, Menteri Luar Poland, Stefan Meller menolak mentah-mentah tawaran Iran yang boleh menghalang sebarang penyiasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Poland yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006]. Memang menakjubkan!! Seluruh benua Eropah yang mempunyai ramai ahli sains dan ahli sejarah berbanding Iran tidak pernah mengambil langkah serius dalam menyiasat peristiwa Holocaust!!

Didakwa bahawa seramai 1.1 juta kaum Yahudi mati dibunuh akibat gas beracun di Auschwitz-Birkenau, sebuah pusat tahanan di Poland yang dikuasai oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Duta Iran di Portugal yang pernah menjadi pegawai diplomat Iran di Poland memberikan wawancara di sebuah stesen radio di Portugal mengatakan bahawa beliau pernah melawat pusat tahanan tersebut di Poland, yang sekarang telah menjadi sebuah muzium. Berdasarkan kepada pengiraannya, tentera Nazi Jerman memerlukan masa 15 tahun untuk membakar setiap mayat yang berjumlah 6 juta itu, sekiranya benar bahawa seramai 6 juta kaum Yahudi telah terkorban di pusat tahanan Auschwitz [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006].

Di dalam satu pungutan suara yang dikendalikan oleh akhbar British, Guardian, 15% responden mengatakan bahawa angka kematian 6 juta kaum Yahudi telah sengaja diperbesar-besarkan [http://www.aljazeerah.net, pada 23 Januari 2004].

Sekiranya benua Eropah secara serius hendak penduduk dunia mempercayai angka kematian 6 juta kaum Yahudi, mereka sepatutnya membuat siasatan rapi lama sebelum negara Yahudi Israel didirikan pada tahun 1948. Tambahan pula, tidak pernah ada pengakuan rasmi daripada anggota tentera Nazi Jerman semasa mereka dibicarakan di Nuremberg bahawa mereka telah membunuh seramai 6 juta manusia yang kesemuanya adalah kaum Yahudi. Apakah Eropah boleh menyenaraikan nama kesemua 6 juta orang yang terbunuh untuk tatapan seluruh dunia?

Apakah peristiwa Holocaust sangat mustahak untuk diingati?

Perlu diingat, semasa Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai 50 juta orang terkorban di Eropah sahaja. Ini bermakna seramai 44 juta orang adalah bukan dari kaum Yahudi. Dianggarkan seramai 20 juta penduduk Rusia telah terkorban mempertahankan negara mereka daripada penguasaan Nazi Jerman. Ukraine dianggarkan telah kehilangan seramai 7 juta penduduknya semasa melawan Nazi Jerman. Kenapakah Eropah begitu beria-ria memberikan penghormatan kepada segolongan penduduk yang agama mereka berasal dari Timur Tengah (agama Yahudi), sedangkan lebih ramai lagi penduduk Eropah (yang beragama Nasrani) terkorban? Tambahan pula, kaum Yahudi di Eropah tidak mempunyai kekuatan senjata dan tentera yang dapat mengalahkan Nazi Jerman, namun sebaliknya kekuatan Nazi Jerman telah dikalahkan oleh tentera Bersekutu dari Eropah dan Amerika Syarikat yang bukan merupakan kaum Yahudi. Jadi kenapa memperingati peristiwa Holocaust adalah merupakan suatu kewajiban yang tidak boleh dipersoalkan lagi dan penolakannya adalah suatu kesalahan berat di Eropah??

Sekiranya Eropah berpendapat bahawa peristiwa memperingati Holocaust adalah sangat mustahak dan mahu seluruh dunia mempercayai bahawa sejumlah 6 juta kaum Yahudi telah terkorban, maka peristiwa-peristiwa yang lain juga yang tidak kurang pentingnya mesti mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada seluruh dunia, ini termasuklah:

a) Berjuta-juta kaum Red Indian (kaum peribumi Amerika Utara) telah kehilangan nyawa mereka dan tanah mereka kepada imperialis bangsa Eropah sejak kurun ke 15 ketika Christopher Columbus mendarat di benua Amerika Utara. Seorang bekas Profesor di Universiti Colorado di Amerika Syarikat, Ward Churchill berkata pada tahun 1994, “Populasi kaum Red Indian dianggarkan berjumlah 12 juta orang pada kurun ke 16, telah susut kepada lebih kurang 200,000 orang empat kurun selepas itu” [Ward Churchill di dalam bukunya bertajuk “Indians are US” [(Common Courage Press, 1994) http://web.mit.edu/thistle/www/v9/9.11/1columbus.html].

b) Berjuta-juta nyawa penduduk Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang terkorban akibat penjajahan Sepanyol dan Portugis.

c) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk peribumi Australia dan New Zealand semasa penjajahan British.

d) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk Afrika Selatan ketika penjajahan apartheid British dan Belanda.

e) Hilangnya nyawa penduduk Asia dan Afrika semasa penjajahan bangsa Eropah seperti Sepanyol, Belanda, British dan Peranchis selama beratus-ratus tahun.

f) Hilangnya nyawa dan perampasan tanah umat Islam semasa diusir keluar oleh golongan Kristian Katholik di Sepanyol (Andalusia) pada kurun ke 15.

g) Hilangnya nyawa beribu-ribu orang kulit hitam Afrika yang diculik oleh bangsa Eropah untuk dibawa ke benua Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai hamba abdi.

Hipokrasi kebebasan bersuara Barat

Kebebasan bersuara yang digembar-gembur oleh Barat hakikatnya hanyalah satu penipuan. Banyak hipokrasi yang telah dimanifestasikan Barat yang kononnya berpegang kepada ‘kebebasan bersuara’. Hakikatnya mereka hanya ‘menyucikan’ kebebasan bersuara apabila ia sesuai dengan keinginan mereka. Jika ia bertentangan dengan aspirasi dan kehendak mereka, ‘kebebasan bersuara’ menjadi satu jenayah pada pandangan mereka. Sebagai contoh, beberapa ahli sejarah seperti David Irving dari Britain dan Ernst Zundel dari Jerman pernah dipenjarakan kerana menafikan peristiwa Holocaust namun mereka dibebaskan selepas beberapa tahun dalam tahanan. Selain itu ada juga seorang ahli sejarah Peranchis yang memeluk Islam, Roger Garaudy yang menafikan peristiwa Holocaust, namun beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang. Negara-negara lain seperti Belanda, Jerman dan Austria pula mewajibkan individu yang mahu menjadi warganegaranya untuk mempercayai peristiwa Holocaust tanpa persoalan sebelum boleh memberi kerakyatan kepada mereka.

Umat Islam juga pernah dikejutkan oleh penghinaan karikatur Rasulullah (SAW) oleh akhbar Denmark atas nama ‘kebebasan bersuara’. Susulan daripada peristiwa tersebut, beberapa akhbar lain di beberapa buah negara Eropah telah menyiarkan karikatur tersebut. Kerajaan Denmark tidak mahu mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut untuk menghormati hak ‘kebebasan bersuara’ yang kononnya menjadi prinsip hidup mereka. Kemudian muncul pula penghinaan Islam oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menyiarkan filem “Fitna” yang menghina Islam, dan kerajaan Belanda tidak mengambil tindakan terhadap Wilders disebabkan oleh alasan menghormati hak kebebasan bersuara.

Susulan daripada dua peristiwa yang menghina Islam, segolongan penduduk Iran telah menganjuran peraduan menciptakan kartun yang menafikan peristiwa Holocaust untuk menguji sama ada Barat benar-benar menghormati hak dan kebebasan bersuara. Namun natijahnya, di dalam sebuah laporan Associated Press pada 2 Sep 2009, kerajaan Belanda akan mengenakan tindakan mahkamah ke atas sebuah pertubuhan Arab yang menyiarkan kartun menafikan peristiwa Holocaust!!

Dari sini, terbukti bahawa hak kebebasan bersuara adalah hanya hipokrasi Barat. Mereka tidak mahu melakukan siasatan secara serius ke atas peristiwa Holocaust, tetapi serius di dalam menyiarkan karikatur dan filem yang menghina Islam tanpa banyak soal. Mereka tidak serius untuk berbincang dan berdebat dengan umat Islam di negara mereka tetapi serius di dalam melakukan perkara-perkara yang menghina Islam dan beria-ria membenarkan peristiwa Holocaust tanpa soal dan tanpa bukti yang kukuh. Prinsip sebegini yang dipegang oleh Barat, sebenarnya telah mengheret mereka kembali ke zaman gelap, zaman ketika mereka mempercayai kewujudan manusia serigala jadian (werewolf) dan manusia pontianak (vampire) tanpa banyak soal dan tanpa bukti kukuh, mempercayai bahawa matahari mengelilingi bumi, dan bukan itu sahaja, mereka malah menyiksa orang-orang menolak kepercayan mereka yang penuh tahyul dan kebodohan!

Apakah tamadun seperti ini layak memimpin dunia? Apakah tamadun seperti ini yang diharapkan untuk menerajui dunia? Amat hinalah mereka yang menaruh harapan dan merangkul aspirasi sekular Barat yang penuh hipokrasi dalam menggapai apa yang mereka sangka sebagai ‘kejayaan’!!

Wa Allahu A’lam.

sumber

1 comments:

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.