Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 28, 2010

Judi Bola - Kalaulah tiada tentangan terhadap UMNO...


Cuba kita sama-sama bayangkan..
bepuluh-puluh orang sedang berbaris di setiap kaunter kedai-kedai Sport Toto..
Ramainya lebih daripada biasa.. di bulan-bulan lain..
Ramainya lain macam!

Rupanya mereka sedang beratur untuk membeli tiket judi bola..
masing-masing penuh didada ilmu telek-menelek.. analisis bolasepak terkini..
tak kurang juga yang membawa bola 2-3 bijik berjumpa tok bomoh minta diramalkan..
siapa pemenang? berapa score? siapa kena kad merah? siapa kena kad kuning?
Mengalahkan tok bomoh tu Shebby Singh!
Padahal tok bomoh tu David Beckham pun dia ingat nama Pengurus Estet Sime Darby!

Anak isteri si kaki judi ni makan hati dirumah..
Sang ayah dah berhabis di kaunter judi dan kedai mamak layan bola..
Selalunya hanya habis duit sebab lepak mamak layan bola..
Kali ni habis duit ditambah dengan dihambur ke kaunter judi berjudi bola!

habis gaji bulan 5 hari tu.. Susu anak tak beli lagi..
barang dapur tak beli lagi.. beras dah tinggal 2-3 pot!

Sang suami balik marah-marah! duit dah habis!
isteri baru nak tanya bila nak beli barang dapur.. penampor hinggap di pipi!
Anak baru nak tanya belanja sekolah.. penerajang dah sampai ke perut!
hati panas punya pasal!!!
Gaji dah habis.. gaji bulan depan jauhhhhh lagi!
Betting semua kalah!
Bett Spain menang lawan Swiss.. Kalah la pulak!
Bett Brazil menang lawan Portugal. seri la pulak!
Bett Cameroon menang lawan Jepun.. Kalah la pulak!!
aduhhhh!!

time tu baru la terpikir..
Patutlah Allah SWT haramkan judi!

Cilakak punya UMNO!

sunsnake 28062010

Batal judi sukan: BERJAYA lepaskan Ascot
Jun 28, 10 4:56pm

Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) telah menggugurkan cadangannya untuk mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd Ini adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan semula lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports walaupun sebelumnya telahpun memberikan persetujuannya bagi pengeluaran semula lesen berkenaan.

Dengan demikian, cadangan terbitan hak berdasarkan kepada RM1.00 nilai nominal lapan peratus saham pinjaman tanpa cagaran boleh tukar tak boleh tebus (ICULS) untuk setiap lapan saham B-Corp yang dipegang, juga akan digugurkan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini. Meskipun dengan keputusan kerajaan itu, pihak lembaga pengarah B-Corp akan meneruskan usahanya untuk mengembangkan aktiviti portfolio perniagaan teras syarikat. "Sektor pertaruhan akan kekal menjadi antara fokus utamanya untuk potensi perolehan tinggi dan kami akan meneruskan usaha-usaha penerokaan seumpamanya di dalam dan luar negara," katanya. --Bernama

0 comments: