Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 8, 2010

Terbukti UMNO tiada tel*r!


Teman dah kabo dah hari tu... (klik sini)
Mengharap UMNO setuju berdebat sama jugak macam mengharapkan team bola Malaysia masul final round World Cup!

UMNO sepatutnya mengambil peluang 'debat' ini untuk membuktikan kebenaran mereka!
dan PAS juga selayaknya mengambil peluang ini untuk membuktikan kebenaran!

Apa masalahnya dengan debat?

Mengapa UMNO takut untuk berhujah?

Ketua Penerangan UMNO sendiri jelas takut untuk berdebat!
Full stop!

Apa lagi alasan yang mahu direka oleh UMNO mengelak debat kali ini..

Bercakap depan pemberita.. depan wartawan bukan main hebat!
One way speech boleh laaa....

Kesian makcik-pakcik felda semalam.. kena goreng dengan najib! wakakaka!
Bila la melayu UMNO Felda nak dapat kebenaran..
Hari-hari UMNO sumbat dengan 'tahi'!

sunsnake 08072010

Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.


Berita Penuh

3 comments:

joecharlie said...

Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu.

keluhum said...

Salam..kerjasama dan perpaduan yg mcm mana nk dilaksanakan klu satu pihak asyik membuli pihak yg satu lg?Yg berkuasa menekan dan menafikan hak mereka yg dibawahnya..Dulu yg berkuasa mengajak yg bkn Islam membenci pihak yg satu lg..Kini bila yg bukan Islam berpihak pada pihak yg satu lg,pihak yg semakin hilang kuasa ini memainkan sentimen bangsa dan agama pulak..Knpa waktu awal kemerdekaan dulu x heboh psl Piagam Madinah?Sbb dulu mereka kuat dan tidak tercabar..Bila keadaan mereka jd x menentu,baru mereka nk cerita psl bangsa dan agama..Terima dan redha sajalah kelemahan sendiri sblm nk menunding pd org lain..Skrg baru nk buka kitab buruk yg lama disimpan dan x pernah dirujuk..Dh resam manusia,dh terantuk baru nk tergadah..Semua yg berlaku ini adalah terjemahan dari hasil tangan2 mereka sendiri..Klu dlm Industri,engineer mcm ne dh lama kena tukar..Klu dlm bernegara,faham2 je la..

budakbalun said...

Hanya UMNO sahaja yang bimbang dengan 'masa depan melayu' sebab mereka sangka UMNO=melayu!

Segan nak bersuara sebagai UMNO.. diadakan PERKASA kononnya NGO..

walhal PERKASA itulah UMNO!

wakakakaka! Bangang punya UMNO!