Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 9, 2010

Noh Omar Buat Lawak! Wakakaka!


Aduyaii!!
Baru masuk Islam ke mamat Menteri ni?
Ke sejak UMNO kalah di Selangor ni.. baru datang 'hidayah' kat sanubari dia?
Ke sejak projek pasir orang-orang UMNO Selangor terhalang..
Baru nampak kebenaran Islam? baru nak taubat?

Jelas, permintaan mamat ni berbaur politik..
penuh dengan dengki dan dendam!

baguslah apa yang dia minta..
tapi persoalannya.. mengapa sekarang?
Mengapa Selangor?

Mengapa tidak UMNO gerakkan permintaan ni di seluruh negara terutama negeri-negeri yang dia perintah secara total? (ADUN UMNO Majoriti)

Johor apa cerita?
Melaka apa cerita?
Negeri Sembilan apa cerita?
Terengganu apa cerita?
Pahang?
Perlis?
Perak?

InsyaAllah, PAS akan menggunakan segala yang ada dan didalam kemampuan untuk amal makruf nahi munkar ni..
dan itulah yang telah dilakukan oleh PAS sejak dahulu...
tak perlu nak bising-bising..
tak perlu nak cabar-cabar!

Itu dah memang tanggungjawab sebagai Muslim...

hmmm.. layankan aje puak-puak sengal ni menyalak!

sunsnake 09082010

Ramadhan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di S'gor

Ogos 9, 10
6:22am

Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadhan. "Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam tadi.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

0 comments: