Apa pentingnya Surat Sokongan dikeluarkan oleh pemimpin @ penjawat awam?
Kalau dah kata Surat Sokongan tiada kuasa, adalah lebih baik di'tiada'kan terus!
C'monlah...
Semua orang tahu apa fungsi Surat Sokongan ni..
Teman pun ada satu cerita pasal surat sokongan ni..
Dulu masa teman keje di company pembuat kereta tersohor di Selatan Negeri Selangor..
ada satu sesi interview untuk satu jawatan yang agak besar laaa..
Dan Manager teman dah confirm nak promotekan sorang staff dia ni..
staff ni memang orang lama dan sangat baik rekodnya..
Cuma, atas beberapa sebab terpaksa buat sesi interview dengan calon-calon lain termasuk calon luar..
Tiba-tiba dalam sesi interview tu ada sorang calon luar, borang minta kerja dia atas satu 'stick note' kat atasnya..
"Please consider this candidate!" simple je ayat tu..
tapi ditandatangani oleh Senior General Manager company tuh!!!
Gulp! telan air liur gak si Manager ni tadikkkk!!
Akhirnya? rasanya kome boleh agak apa kesudahan cerita ni..
Yang lagi malang.. mamat yang di'sokong' oleh SGM ni tadi memang hampeh gilerrr!!
Langsung tak boleh keje! Berlagak nak mampos!!
maklumlah.. 'cable emas'...
so? nampak tak apa masalahnya dengan "Surat Sokongan" ni..
Tak payah hipokrit la kata Surat Sokongan ni takde effect apa-apa...
sunsnake 09082010
Tsu Koon: Surat sokongan hanya rujukan, bukan arahan
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Surat sokongan yang dikeluarkan pemimpin politik bagi membantu permohonan orang awam bukan bertujuan mengarahkan penjawat awam meluluskan permohonan tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sebaliknya ia dikeluarkan sebagai rujukan kepada penjawat awam untuk membantu mereka mempertimbang permohonan, katanya.
“Contohnya, kita selalu menulis surat sokongan untuk pelajar memohon biasiswa, kita kata tolong pertimbang, tetapi itu tidak harus dianggap sebagai arahan atau perintah kepada pegawai berkenaan.
“Anda boleh tulis, setiap orang boleh menulis surat sokongan menyatakan perakuan, misalnya untuk kawasan ini kalau dilanda banjir kita boleh tulis surat untuk projek tebatan banjir, tapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai arahan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
4 comments:
surat sokongan.... kalau takde aruah mat zin sign surat sokongan aku tak dapat rumah sekarang. PERIOD!
bro mahaza..
mat zin mana pulak niii??
kui!kui!kui!
dah aruah dah.... 18 tahun dulu punya cerita
Innalillah...
teman pun lom lahir lagi masa tuh!
Post a Comment