Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, January 26, 2010

Enjin Jet - Siapa kelentong siapa nie???


hmmm..
Makin musykil.. sebegitu besor enjin..
sebegitu hebat tentera...
sebegitu tegas training...
sebegitu melentik misai pegawai!

Pun boleh kena tipu dengan seekor sarjan dan seekor tokey?
Pun boleh kena kelentong dengan 2 ekor makhluk Allah yang kurang pengalaman
berbanding Jeneral yang bergaji besor? Berelaun besor?
Menteri Pertahanan yang serba besor? Malahan ber'bini' besor?

Ke rakyat Malaysia yang sedang kena kelentong dengan segerombolan manusia yang berekor 'ghaib'?
sunsnake 26.01.2010

Tiada pegawai kanan terlibat, namun ia dirancang rapi
Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberitahu, kehilangan dua enjit jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 telah dirancang dengan rapi tetapi tidak membabitkan pegawai atasan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi TUDM.

Ekoran itu, beliau mengesahkan, perletakan pegawai kanan TUDM berpangkat Brigedier Jeneral sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kes ini.

"Kami sedar ada semacam persepsi bahawa pegawai kanan tentera terlibat tetapi sebenarnya tidak," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau bagimanapun mengesahkan, ia berlaku secara terancang dan rapi.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Ini adalah pertemuan kedua PAC dengan kementerian dan TUDM.

Azmi juga berkata, harga enjin jet ini bukannya RM50 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi sekitar RM400,000 sahaja setiap satu.

Tidak puas hati

Sementara itu, salah seorang anggota PAC, Datuk Kamarudin Jaffar dari PAS ketika dihubungi berkata, beliau sendiri tidak berpuashati dengan keputusan penyiasatan ini kerana tidak banyak yang diperolehi dan masih banyak yang menjadi tandatanya.

"Bagaimanapun, pihak tentera telah berjanji untuk mempertingkatkan sistem penyimpanan alatan tentera mereka yang bagi saya amat strategik ini dan perlukan pegawai dan kakitangan yang tinggi disiplinnya," kata Kamarudin.

berita penuh

1 comments:

Anonymous said...

ada orang kena 'kelentong' dgn budak 17 tahun..laaagi haru...