InsyaAllah, selepas ini akan lebih ramai ahli-ahli UMNO akan mula meninggalkan parti reput itu setelah selalu sangat mendengar ceramah,kuliah dan juga khutbah Jumaat di masjid. Semoga mereka cepat mendapat hidayah dan cepat mengeluarkan diri mereka daripada kebinasaan akidah UMNO...
sunsnake 06052010
JAIS tegas banteras ceramah politik di masjid
SHAH ALAM 5 Mei – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan itu diambil hasil mesyuarat MAIS semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.
Beliau yang juga Pengarah JAIS berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan JAIS dari semasa ke semasa dengan kerjasama polis untuk memastikan tiada pihak melanggar titah baginda.
‘‘Kita berharap kerjasama semua pihak supaya tampil membuat aduan sekiranya terdapat khutbah, ceramah dan sebagainya yang berunsurkan politik di dalam masjid di Selangor,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, langkah itu bagi memudahkan kedua-dua agensi itu bergerak dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus membantu memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.-Utusan
0 comments:
Post a Comment