Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, August 5, 2011

MCA Pertikai Sijil HALAL? Hek elehh!


Kadang-kadang teman heran gak..
MCA ni semacam baru semalam bertapak di Malaysia..

Selalu nak pertikai hal-hal berkaitan Islam..

yang terbaru ni isu Sijil HALAL oleh JAKIM..
MCA ni ingat Sijil Halal ni macam chop kaunter stesen minyak ke?

Takkan dah berpuluh tahun hidup dalam Malaysia masih tak faham-faham lagi?
Pada teman...
MCA takde hak nak pertikai Sijil Halal ni..
Kalau tak nak rugi..
Stop terus supply makanan pada orang Islam..

Yang Orang Islam Malaysia ni pun satu hal!
Punya la banyak makanan kat Malaysia neh..
yang datang dari company non-muslim jugak yang dicari..

Dah tiba masa Umat Islam Malaysia bersatu dari segi ini..
Tak kira la apa jua fahaman politik..

errrr.. apa cer hub halal yang digembar gemburkan dulu ye?
budakbalun 05082011

MCA kecam cara Jakim tangani isu sijil halal

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal, sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam, kata MCA.

“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini. - berita penuh


Sijil halal: Jakim hanya guna ujian Jabatan Kimia

August 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kesemua sampel produk yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihantar ke Jabatan Kimia, yang telah mendapat akreditasi bagi skop pengujian DNA, untuk tujuan analisis.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim Osman Mustapha berkata, dalam melaksanakan ujian bagi sesuatu produk oleh sesebuah makmal, faktor seperti kaedah pengujian, tahap pengesanan, peralatan yang digunakan, juruanalisis dan akreditasi terhadap skop pengujian, memainkan peranan yang penting dan pada masa sama mempengaruhi keputusan ujian. - berita penuh

5 comments:

Anonymous said...

Wah bila hal yang kena mengena dengan Islam yang bukan Islam ni menyibuk buat apa? Tuu.. tu yang dok bubuh babi dalam segala macam makanan & miuman tu apa hal pulak. semua nak dibabikan. macam tak ada bahan lain nak bubuh.

Inilah ajaran amno selama ini.

HALAL hak mutlak orang Islam. kalau taknak ikut jangan jual produk kepada orang Islam.

Bila sebut HUDUD .. oh hukum itu tak boleh kena kepada oang bukan Islam. Tapi babi.. pekena kat orang Islam takpa.

Dah duduk di negara ni sebegitu lama, masih tak faham2 lagi ke.

Seruan utk pakar pemakanan yang Islam..

Cuba2lah buat kajian sikit apa perbezaan dengan memakan makanan yang halal dan haram. Mesti ada perbezaannya. Pastu war-warkan. Baru ada akai.

**aidono**

budakbalun said...

aidono.
ini isu sensitiviti..

umat Islam wajib bersatu dalam hal ni.
bantu syarikat2 muslim untuk kembangkan produk halal dan toyyibsh!

kena bagi kefahaman kepada non muslim especially puak2 MCA neh!

pada depa janji tak nampak ada daging babi dah kira halal lah tuh!

makanan sangat sensitif dalam Islam.. agama lain seperti yang kita nampak la..
main belasah je..

wallahua'lam

omaq said...

Salam....kita dapat lihat pengusaha2 bukan Islam apabila membicarakan tentang halal-haram produk mereka,nampaknya mereka terlalu sensitif.Ini bermakna sasaran jualan produk mereka adalah kepada kaum melayu Muslim.Mereka akan mengalami kerugian yang amat besar jika produk tidak dapat dipasarkan kepada orang Islam.

Di sini sudah terang lagi bersuluh yang mana pengguna Islam di Malaysia mempunyai kuasa yang amat besar untuk menentukan jatuh bangun perniagaan mereka.Sebenarnya orang Islam di Malaysia mempunyai kuasa untuk menentukan jatuh bangun perniagaan mereka.

Hanya orang Melayu muslim di Malaysia sahaja masih bodoh dan tidak tahu kuasa yang ada di tangan mereka. Kenapa tidak orang2 Islam boikot saja barangan dan kedai-kedai makan orang bukan Islam ini. Saya rasa kalau kita betul-betul bersatu dan memboikot segala barangan mereka dalam masa yang singkat sahaja mereka pasti akan melutut dan mengikut kehendak kita.Mereka tidak akan bersikap besar kepala menentang segala yang kita lakukan untuk kepentingan agama kita.

Tetapi apa nak buat,golongan Melayu yang mengaku mereka beragma Islam ini masih dungu,bodoh dan tidak pandai mengambil peluang terhadap kelebihan yang mereka ada.

Anonymous said...

heh cakap berdegar2,kalu melayu jual semuanya mahal,tak sedap dan macam2 lagi.aku buka kedai 90% pelanggan org non muslim,beli brg mereka kata harga dikedai kami berpatutan dan ada yg kata lebih murah dari kedai non muslim.
sebenarnya peniaga muslim memang telah diboikot oleh org muslim sendiri.....

Anonymous said...

Apa yang saya nampak kita Muslim juga punya masalah.

Bekalan utama kita, kita perolehi drp pengusaha non muslim. Ni korporat yagn besar3 bertaraf bilionaire langsung tak prihatin nasib rakyat bawahan.

Adakah mereka ini pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam perusahan menjjadi pembekal utama makanan halal ni? Cubalah selami hati2 rakyat bawahan ni. mereka tiada pilihan.

Nak makan mee kuning, mihun, kueyteow, fishbal, fishcake, roti, biskut.. dsb mana ada pilihan dikampung2. Takkan hari2 nak makan nasi.. sesekali nak juga ubah selera.

Korporat besar muslim nia ada terfikir? Mereka ni asyik nak kejar kontrak kerajaan je. Untung makan sendiri, rugi nanti rakyat tanggung. Ingat2 le sikit dalam harta kamu tu ada hak yang ditentukan Allah untuk org miskin. Dalam hali ini buka sekadar hanya bayar zakat sahaja.. atau bantuan sekalai sekala musim raya beli baju raya atau kasut sekolah. Tapi yang lebih utama perusahaan makan halalan tayyiba.

Wallhua'alam

**aidono**