Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 20, 2010

Karpal Singh Buat Hal Lagii!


Teman cuma terfikir..
Kalaulah Karpal Singh ni tiba-tiba kata..
Saya setuju dengan Negara Islam dengan syarat, ianya diubah melalui Perlembagaan..
Mau semua bloggers UMNO menangis 40 hari 40 malam!!
Wakakakaka!!

Kekuasaan Allah itu seluas langit dan bumi!
Malahan lebih luas dari itu! Maha Luas!!

Segala-galanya berkemungkinan dengan keizinanNya..

Teman berdoa agar didalam isu ini, sesuatu boleh dicapai oleh kesemua pimpinan tertinggi parti.

Allahuakbar!

Persoalannya... apa pencacai UMNO nak jawab nehh??
sunsnake 20122010

Isu negara Islam PAS boleh dibincang, kata Karpal
December 19, 2010

KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen.

Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.

Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

mat cool..
Tukar tiub nie banyak merepek pasal melayu lah...Salahkah sokong orong melayu...hahahahahaha

sunsnake@budakbalun said...

tak salah sokong orang melayu..
cuma jangan ultra sangatt sampai dahulukan melayu daripada Islamm!!