Teman hanya sekali pernah masuk ke Bangunan Parlimen..
Masa Sekolah rendah.. lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur!
Masa tu teman dan kawan-kawan dapat masuk ke dalam Dewan Rakyat beb..
Teman siap dapat duduk di kerusi Ahli Parlimen teman waktu itu..
Ahli Parlimen Tg Malim, Loke Yuen Yow.. perrgghh!!
So, teman tak tau la apa kondisi bangunan Parlimen la ni..
yang sampai nak kena buat Parlimen baru nih!
Hmmm.. ke nak kena habiskan duit negara secepat mungkin sebelum Kerajaan BN dihumban jauh-jauh oleh rakyat!
sunsnake 09062010
KUALA LUMPUR: Kabinet telah mempertimbangkan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai bangunan warisan.
Perkara itu diputuskan oleh Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengenai kos dan tempoh memulihara dan menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
Nazri berkata, bangunan Parlimen yang baru itu akan memberi lebih keselesaan di samping memenuhi pertambahan Ahli Parlimen pada masa ini.
Jawapan bertulis itu sebenarnya mengatakan Kabinet telah memutuskan untuk mempunyai bangunan baru di Putrajaya, namun Nazri ketika ditanya di lobi Parlimen mengatakan Kabinet masih lagi mempertimbangkan untuk memindahkan bangunan itu.
Beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat hanya selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji perkara berkenaan.
Parlimen sedia ada dibina pada September 1962 berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Bangunan tersebut yang bernilai RM18 juta ketika itu merupakan idea Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Kompleks Parlimen itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utama yang mempunyai bangunan tiga tingkat dan bangunan menara 18 tingkat.
Antara kedua-dua bangunan itu mempunyai dewan perhimpunan negara iaitu Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat).
Sumber - mStar
0 comments:
Post a Comment