Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 9, 2010

Obama: Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam


Dunia Islam belum yakin dengan Obama

KAHERAH: Setahun selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyampaikan ucapan bersejarah kepada dunia Islam, mesej perdamaian yang dinyatakan beliau terus dikaburi pandangan bahawa sokongan negaranya kepada Israel tidak akan berubah.

Di sebalik pertelagahan berprofil tinggi dengan Israel mengenai pembinaan penempatan Yahudi, Obama tidak bersedia atau tidak mampu menggugat persepsi sokongan padunya untuk Israel, kata penganalisis.

Hakikat ini terbukti dengan reaksi berhati-hati yang ditunjukkan Washington dalam peristiwa serangan ke atas misi bantuan ke Gaza, Ahad lalu.

“Sikap Amerika mengesahkan kepada dunia Arab bahawa Obama tidak berupaya menukar dasar Amerika di wilayah itu secara dramatik.

“Wujud dua pendapat di dalam perkara ini. Pertama, Obama mungkin jujur dan akan menunaikan janjinya ketika berucap di Kaherah, bagaimanapun pada masa yang sama beliau berpandangan cetek. Reaksi yang ditunjukkan pentadbiran Obama dalam perkara ini menyerlahkan hakikat bahawa kedudukan beliau hanyalah satu retorik,” kata penganalisis dari Pusat Kajian Politik dan Strategi Ahram, Imad Gad.

Ketua Pemerhati Negara Arab yang beribu pejabat di Paris, Antoine Basbous, berkata keadaan ini menjadikan Washington kelihatan tidak ubah seperti ‘bapa pembaptisan antarabangsa’ bagi Israel, di sebalik langkah pentadbiran Obama untuk mengurangkan ketegangan dalam hubungan dengan negara Islam.

Ia termasuk keputusan menggugurkan terma ‘perang ke atas keganasan’ dan sokongan Washington ke atas perjanjian pencegahan kuasa nuklear yang tidak memasukkan dan tidak mengisytiharkan senjata nuklear Israel. – AFP

Sumber: Berita Harian 04/06/10

Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam

Ucapan Obama di Kaherah satu ketika dahulu adalah hakikatnya satu pembohongan besar, setelah kita boleh memperhatikan perkara-perkara berikut:

i). Tidak ada usaha untuk membebaskan tahanan Guantanamo yang masih perlu dibuktikan bahawa mereka terlibat di dalam keganasan dan menutup penjara tersebut.

ii). Penambahan operasi ketenteraan di wilayah Pakistan dengan memberikan dana besar kepada tentera Pakistan untuk memerangi umat Islam yang telah mengakibatkan berjuta-juta menjadi pelarian di lembah SWAT.

iii). Membuat pengeboman menggunakan pesawat kendalian jauh (drone) dengan alasan untuk memerangi Taliban di sempadan Pakistan dan Afghanistan tetapi telah mengakibatkan beratus-ratus orang awam terbunuh.

iv). Dengan kerjasama tentera NATO, ratusan orang awam terkorban di Afghanistan, dengan alasan memerangi Taliban.

v). Masih menyokong Israel dan dalam ucapannya selalu menyatakan komitmennya terhadap keselamatan dan
keamanan rantau tersebut, namun menutup sebelah mata banyak konflik di sana, seperti konflik penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki oleh Israel.

Telah nyata sekali pembohongan Obama, namun para pemimpin negara umat Islam masih mempercayai janji-janji palsunya dan terus sanggup menjemputnya melawat negara masing-masing dan melayannya seperti sahabat akrab. Rujuk Sautun Nahdhah edisi 213 keluaran 26 Mac 2010, sempena lawatan rasmi Obama ke Indonesia

sumber - jebbat.blogspot.com

2 comments:

AzamDin said...

obama mmg pembohong..mana leh caya negro ni...negro tk sedar diri dia ni..

sunsnake@budakbalun said...

siapa2 pun jadi Presiden US.. hanya akan jadi boneka..

Yang berkuasa sebenarnya dewan senat..
dewan senat tu pulak penuh dengan jew..

semua orang tahu!