Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 9, 2010

Kuasa APCO semakin jelas kelihatan di Malaysia!


Hm.. banyak logiknya hujah Nik Amar ini..
Memang semakin jelas kuasa APCO kepada Kerajaan Malaysia walaupun sering dinafikan oleh Najib dan konco-konconya!
Ye laa.. siapa nak mengaku berak tengah jalan dow??

Pada teman, Najib inilah Perdana Menteri malaysia yang paling banyak buat flip-flop!
Melebihi Pak Lah beb!
Umum sesuatu lepas tu bila tengok rakyat bangun melawan, terus declare
belum muktamad! Start dari nak naikkan harga minyak..
lesen jual gula.. GST.. la ni judi sukan pulak??

hmm.. mengapa la makcik-pakcik UMNO Felda tak nampak-nampak!
Apsal la budak-budak rempit tak tahu?? hehehe
sunsnake 09062010

Trend Anti Islam Cuba Dikembang, Apco Disyaki Sebagai Dalang

Pas melahirkan kebimbangan atas trend anti-Islam yang ditunjukkan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN).

Exco Kelantan, Nik Mohd Amar Abdullah mengesyaki trend anti-Islam ini dipengaruhi persekongkolan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan firma rundingan antarabangsa, Apco Worldwide.

Nik Mohd Amar berkata Umno menunjukkan sikap anti-Islam secara terang-terangan seperti meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd semenjak Najib menerima khidmat nasihat dari Apco Worldwide.

Kegelinciran moral pimpinan Umno membimbangkan Pas kerana ia bermakna gagasan pemerintah sedia menghalalkan cara asalkan kesinambungan politik dikekalkan, termasuklah keengganan untuk bertindak ke atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Gaza.

"Apabila serangan tentera Yahudi ke atas kapal Mavi Marmara, apa kenyataan balas Najib? Apa sikap kerajaan Malaysia? Langsung tidak mengutuk serangan berkenaan, cuma dia menyambut (sukarelawan) yang balik (dibebaskan) bagi mengambil kesempatan atas isu berkenaan.

"Ini buktikan sebenarnya tidak mahu menyokong gerakan Islam, ditambah lagi dengan meluluskan lesen judi, berbeza dengan Lim Guan Eng yang langsung tidak terima judi apabila bertindak mengisytiharkan secara terbuka Pulau Pinang tidak akan mengeluarkan lesen judi bola.

"Hanya UMNO luluskan judi berkenaan seperti yang diumumkan Awang Adek Husin baru-baru ini," katanya.

Nik Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein sebelum ini yang berkata pemberian lesen judi sukan kepada syarikat milik hartawan Tan Sri Vincent Tan adalah atas dasar keprihatinan kepada isu sindiket judi haram.

Berita Penuh

0 comments: