Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 25, 2010

Ali Rustam Gila 'Funfare"

Baik buat roda nih! ala untung maaa!!!


Dulu masa teman kecik-kecik..
Kalau ada 'Funfare' kat Pekan Slim..
Selalu ayah teman bawak.. bersama dengan adik-adik..
Dulu takde kereta.. jadi ayah teman hantor naik motor kami adik beradik sikit-sikit..
Kalau dah tau malam tu ayah nak bawak gi Funfare.
Sepanjang siang sanggup duk diam dalam rumah!
Suka gilerr!! takut terjatuh ke apa ke kalau main kat luar..
takut tak dapat gi!

Sekarang ni dah takde dah!
Kalau ada pun memang teman tak nak bawak anak-anak pergi..
Sebab apa?
Sebab banyak cabang lain hiburan untuk anak-anak..
dulu lain laa.. itu aje yang havoc pun!

emmm.. yang si Ali Rustam giler Spinning Wheel ni apahal?
Selangor yang kaya-raya pun tak layan benda-benda ni..
Melaka yang miskin pulak sibuk!!
Kot ye pun nak tingkatkan jumlah tourist..
ini je ke idea yang ada?
Aduyai!! siapa pulak la dapat kontrak nih!
sunsnake 25092010

Eye on M'sia: Belajar dari kesilapan, kata PAS

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam diingatkan supaya belajar dari kesilapan dahulu sebelum meneruskan cadangannya untuk membeli sebuah roda gergasi baru dari Cina yang berharga RM7 juta.
Ketua Penerangan PAS Bukit Katil Melaka, Yusof Wahab berkata kerajaan negeri sepatutnya belajar dari kesilapan dahulu di mana Eye On Malaysia yang dibawa dari Kuala Lumpur akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. "Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

Berita Penuh

0 comments: