Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 22, 2010

PRK Hulu Selangor (102) Jentera BN penuh penyangak!

Teman setuju sangat dengan apa yang penulis ni kata!

sunsnake 22042010

Penyangak-penyangak kempen Hulu Selangor

oleh - Suflan Shamsuddin (MalaysianInsider)

22APRIL — Di beberapa bahagian kawasan Hulu Selangor, jelas kelihatan lebih banyak poster gambar Datuk Zaid Ibrahim yang di tukarkan supaya kelihatan seolah-olah beliau meminum arak, daripada gambar Presiden mahupun calun BN untuk kawasan itu.


Di kawasan-kawasan di mana kebanyakan penduduk terdiri daripada orang-orang Melayu, asas kempen BN adalah untuk memfitnahkan Zaid dengan cara membesar-besarkan isu yang beliau pernah meminum arak dan mempunyai saham dalam beberapa kuda lumba.


Di sebaliknya, kempen Zaid berlandaskan kepada keperluan perubahan, baik di kawasan tersebut ataupun di negara amnya. Beliau memang tidak dapat membawa hadiah-hadiah daripada kerajaan Persekutuan, tetapi beliau menjanjikan satu perhubungan yang lebih erat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.


Yang paling mustahak, kempen beliau berteraskan menuntut keadilan, ketulusan dan akauntibiliti dalam urusan kerajaan. Dan tidak ada sesiapapun yang meragui kejituan sifat dan prinsip beliau di dalam aspek ini.


Fikirkanlah sekiranya Zaid kalah, dan analisa menunjukkan yang orang Melayu memilih calun BN. Sudah tentunya kesimpulan yang akan timbul ialah orang Melayu sanggup menolak seorang calun pemimin Melayu/Islam yang berkaliber di taraf negara, yang memegang prinsip dan moral yang lurus dan luhur, dan yang mungkin dapat membawa kepada pembaharuan yang positif untuk negara; dan sebaliknya memilih calun di mana janji kempen yang dibuat bergantung kepada kuasa naungan di dalam Umno/BN, dan tidak langsung ada kena mengena dengan mempromosikan demokrasi ataupun keadilan, ataupun melawan korupsi atau penyalahgunaan kuasa.


Kenapa? Oleh sebab Zaid adalah orang Islam dan beliau telah mengakui (tidak seperti ramai pemimpin Umno) yang beliau melakukan beberapa perkara yang telah beliau dituduh lakukan.


Ini akan jelas menunjukkan kesongsangan nilai pengundi-pengundi Melayu/Islam disebabkan kempen penyangak-penyangak yang secara diam-diam disokong oleh mereka-mereka yang berkuasa. Ini membuktikan bagaimana satu dosa yang secara relatifnya kecil dalam Islam dapat dijadikan faktor perhitungan yang paling besar sehinggakan jihad murni untuk meruntuhkan sistem kepimpinan yang korup, penuh dengan pencurian, nepotisma dan penyalahgunaan kuasa ditenggelamkan, mungkin seperti yang dikehendakki oleh mereka-mereka yang berkuasa.


Keputusan sebegini begitu jiji pada orang Islam/Melayu yang berakidah. Ini akan mengesahkan kepada orang-orang bukan Islam, iaitu kaum kita (yakni orang Melayu Islam) tidak berdaya melihat di luar daripada prejudis sempit kita, dan mencapai cita-cita imperatif keadilan sosial Islam yang lebih penting seperti yang dituntut oleh agama.


Tetapi bukan itu sahaja. Perkara ini akan juga menjadi tamparan hebat kepada calun BN itu sendiri. Di sebabkan kegiatan penyangak-penyangak tersebut, beliau tidak akan dapat memperakui kejayaan kempen beliau berasaskan kepada satu pertarungan yang bersih berasaskan isu-isu yang benar-benar mustahak kepada pengundi. Dan jikalau beliau menang, kredibiliti mandat beliau akan terus dihantui dengan berbagai tandatanya.


Semua ini mungkin berlaku, oleh sebab penyangak-penyangak ini diberikan peluang untuk memainkan peranan dalam proses demokrasi. Penyangak-penyangak ini memalukan dan mengeji kebijaksanaan dan kematangan orang-orang Melayu, memalukan dan memusanahkan kredibiliti calun BN, dan merampok sistem demokrasi negara Malaysia.


Saya harap pengundi-pengundi di Hulu Selangor, terutamanya pengundi-pengundi Melayu, akan dapat melihat penipuan penyangak-penyangak ini, dan membezakan apa yang racun dan apa dia yang sebenarnya penawar.


Saya harap orang-orang Melayu akan menyedari betapa mustahaknya kita ajar secukup-cukup sipenyangak penyangak ini supaya jangan berani memalukan kaum kita lagi dengan cuba menyongsangkan prioriti nilai kita.


Cuma ada satu cara untuk membuktikan kesemuanya ini. Dan caranya adalah supaya kita tentukan kekalahan yang cukup kental kepada kempen penyangak-penyangak tersebut. Itu saja cara untuk mengajar mereka.


* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

0 comments: