Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 8, 2010

MCA lagi Harbi Daripada DAP!

Nak tikam sapa tu Bro? Tikam Soi Lek ke? Wakakaka!


Perghhh!!!
Teman tak sangka sungguh!!!
MCA ni dah berpuluh tahun duk dalam Barisan Nasional!!
Sejak zaman PERIKATAN lagi!!
Sejak zaman Cap Kapal Layar lagi!
Malangnya.. dah 53 tahun duk berkawan dengan UMNO!
Sikit abuk pun tak faham lagi pasal Ketuanan Melayu!
Pasal Islam lagi jauhhh lahhh!!!

So, apa komen PERKASA neh?
apa komen PEKIDA neh??
apa komen Pemuda UMNO neh!!

Lawyer UMNO si Hasfarizam(Hasan Mentalon 25%)...
tak nak sumbatkan Chua Soi Lek ni ke ISA ke?!

Wakakakakaak!
Ghuyup isu DAP kafir Harbi!
MCA lagi harbi daripada segala yang harbi!

sunsnake 08122010

Hisham dakwa ramai kecewa pendirian Soi Lek di konvensyen BN

December 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Berita Penuh

8 comments:

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Dalam meniti masa depan arena politik tanah air ini tiada siapa dapat meramal mengenai ketulusan hati budi dan setia kawan masing-masing. Hari ini mungkin jadi kawan ,esok lusa mungkin jadi lawan. Kalau bukan begitu jangan dikatakan dunia politik.Kalau dah begitu lama bersama bermesra dan hampir tidur sebantal pun sanggup tikam dari belakang maka apakah kita yakin "orang baru "yang kita ingin bersama yang dulu dan hari ini pun tak sama pendirian akan jadi teman setia dan boleh bersama dengan kita? Apa pun sejarah akan menentukan...kerana seburuk-buruk orang Melayu dia adalah saudara kita yang satu kalimah dan perpecahan yang dipta ini adalah satu jalan untuk melemahkan sesama kita.....yang mungkin selepas ini antara kita akan kenal yang mana batu dan permata dan diharapkan diwaktu itu kita tidak lagi terlewat untuk bersama...walahualam

budakbalun said...

w.salam..
Kiasan Tuan ini seolah-olah mahu melihat melayu bersatu?
Itulah yang diidamkan oleh semua termasuk teman ni..
Cumanya.. kesatuan melayu itu atas dasar apa?
atas dasar melayu?
bermakna segala kejahatan melayu itu terpaksa diterima juga?
Kalau atas dasar Islam.. segala kejahatan Islam tidak akan ada kerana Islam adalah syumul!
Melayu Islam itu yang membuat onar!

Bersatu atas dasar bangsa sangat sempit tuan... terlalu sempit!

keluhum said...

Salam Sunsnake..
Jgn lah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku zalim keatas mereka..
Allah bukan sj suruh kita berbaik sangka sesama agama ttp sesama manusia..
Bila berckp tentang politik,jgn tanggalkan pakaian agama..Sebab menanggalkan pakaian agamalah UMNO itu ditentang oleh PAS dan rakan2nya..
Lalu nk bersatu itu atas agama atau bangsa?
Mudah sgt kita nk menafikan hak bangsa lain,seolah penyatuan hanya eksklusif kpd org2 melayu sahaja..
Nk bersatu mcm mana jika fitnah dan adu domba menjadi makanan UMNO,jelas jln2 Syaitan bercampur baur dlm Akidah Politik mereka..

Sblm nk menyatukan apa2 yg bersifat politik neh,lbh baik UMNO tu tumpukan dahulu bagaimana nk mengislamkan pemikirannya dahulu..
UMNO lihat Islam neh dlm konteks ibadah shj,bila perkara2 yg diluar ibadah,teman tgk,DAP lbh bermoral dari mereka..
Kami boleh tgk senDiri hasil acuan UMNO rehadap golongan belia smpai jd teruk akhlak mereka..
Maka selesaikanlah dahulu penyakit2 ciptaan sendiri tu sblm nk gamak mulut ajak org bersatu..

Cikgu Di said...

Salam buat tuan dan terima kasih untuk saya kembali menyatakan prinsip saya.Saya memang berpendapat bahawa Islam itu syumul dan atas kalimah Melayu Islam lah maka ianya perlu bersatu.Terima kasih.

keluhum said...

"Mudah sgt kita nk menafikan hak bangsa lain,seolah penyatuan hanya eksklusif kpd org2 melayu sahaja"..
Teman nk tekankan disini bahawa bangsa lain juga ada yg menganut agama Islam..
Maka jg sempitkan Islam tu kpd melayu sahaja..
Usah ajar ungkapan Masuk Islam sebagai Masuk Melayu..
Nelah kesalahan org2 Melayu yg teman rasa x diperbetulkan smpai sekarang..
Betullah kata kamu bahawa penyatuan Melayu tu sesuatu yg sempit dari segi fikrah pemikiran..
Persoalan bangsa xkan ditanya oleh Malaikat didlm kubur kelak ttp yg akan ditanya adalah apa ikutan kamu..
Semaklah sendiri apa ikutan kita selagi akal kita masih sempurna lg..Solat,zakat,puasa ,Haji tu hanyalah salah 1 cabang dlm Islam iaitu kayu ukur apakah kita memenuhi perintah Allah dlm ibadah..
Ttp pernahkah kita fikir apabila berada diluar solat dan Ibadah kita,adakah tingkah laku,pertuturan dan bawaan kita selari dgn pengucapan2 didlm solat dan ibadah2 yg kita atau atau kita berjalan dgn sombong dimuka bumi Allah?..Jika kita x check perkara2 ini,maka dikhuatiri kita telah mencampur adukkan kebatilan dlm kehidupan lalu tiada beza kita ini dgn Yahudi dan Nasara..
Berbeza dlm bab2 badah sahaja,selebihnya menyamai Yahudi dan Nasara..
Sebab itulah di Yaimal Mahsyar nti ada timbangan amal krn Allah nk timbang amal ibadah dgn amal perbuatan..
Maka jgn pikir dgn solat,Haji puasa dan Zakat itu sudah dikerjakan,kita sudah selamat dijalan agama..he2..Itu hanya kewajipan utk melayakkan diri dihisab Allah sahaja..
Jgn jadi org2 yg muflis diYaumal Mahsyar nanti..krn apa?
krn pahala dari amal Ibadah dan kebajikan kamu sudah Allah pindahkan kpd org2 yg kamu zalimi,andai ia masih tidak mencukupi,maka segala Dosa2 org yg kamu zalimi itu akan terpikul dibahu2 kamu pula..Fahami bahawa Melayu itu bukan kancah utk diletakkan Islam,tetapi Islam itu adalah kancah dimana segala bangsa didunia ini mampu ditampung oleh Islam itu dan Islam itu membawa keadilan pd sesiapa yg mengikut jln2nya..

budakbalun said...

Salam,
Jazakallah atas hujah-hujah yang menarik dan logik daripada keluhum dan persoalan daripada cikgu Di..

Cikgu Di,
tidakkah kita akan berlaku zalim jika hanya memandang kesatuan Islam dari perspektif melayu sahaja? Sedangkan didalam Islam sendiri ada berjuta kaum? Di Malaysia ini sahaja pelbagai kaum ada yang menganut Islam.. Melayu,cina,india,benggali,orang asal,siam,serani...
Kalau kita nak bersatu atas nama melayu Islam.. apakah nasib muslim bangsa lain?

Minta pencerahan..

Cikgu Di said...

Salam buat tuan dan Kuluhum..
Saya tidak pernah mengatakan bahawa Islam itu untuk Melayu sahaja sedangkan usaha Nabi adalah untuk seluruh umat manusia. Jadi tidak timbul kezaliman disini. Cuma apa yang ingin diutarakan IALAH betapa Melayu Islam perlu bersatu kerana ia sekaligus mencerminkan Masyarakat yang beragama Islam yang menjadi model bangsa lain di Malaysia ini.Jadi berhikmahlah dalam penyampaian kerana kita bukan orang yang paling adil untuk menghukum dan menilai isihati, muamalat mahupun munakahak seseorang.Terima kasih.

keluhum said...

Salam buat Cikgu Di..
Tulisan sy itu bukan utk menyinggung Cikgu..
Jauh dari menghukum Cikgu,krn sy mengerti harapan Cikgu itu dan sy juga begitu..
Kata2 sy itu adalah untuk renungan kpd org2 yg lbh atas yg menyebut perpaduan ttp tgn2nya masih mengerjakan kebatilan2 yg makin melebarkan perpecahan..
Maakan sy jika Cikgu tersalah sangka,namu tidak sekali2 sy berniat menghukum sesiapa..Sy hanya ingin kongsikan apa yg Rasululah perkatakan tentang Abwabul Fitan yg terjadi kpd umat Islam akhir zaman ini..
WALLAHUALAM..