Wednesday, December 8, 2010
Air Selangor - 1 dalam Jutaan Misteri UMNO!
Teman melihat isu air Selangor ini sangat-sangat unik dan sebenarnya bakal menjadi pembuka jalan pembongkaran kepada beratus ribu malahan mungkin jutaan kes-kes perjanjian pelik-pelik antara Kerajaan negeri UMNO-BN dan pelbagai sektor baik swasta mahupun semi-government.
Selama ini kita tidak tahu pun apakah isi perjanjian antara Kerajaan yang memerintah dengan pihak yang terlibat. Contohnya dalam isu air Selangor ini, perjanjian antara Kerajaan Negeri UMNO-BN sebelum ini tiada siapa pun yang tahu! Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja! Semua perjanjian tersebut diletakkan di bawah pelbagai akta antaranya Akta Rahsia Rasmi(OSA). Bayangkan, perjanjian yang mengarut dan disimpan didalam poket mereka dengan mengunakan akta yang mereka sendiri cipta! Wah! Satu perancangan dan tindakan yang hebat!
Teman membayangkan jua andaikata Kerajaan Selangor masih lagi kekal dibawah pemerintahan Kerajaan UMNO-BN selepas PRU12 dahulu, bermakna sehingga ke tarikh artikel ini ditulis jugalah tidak ada sesiapa yang mengetahui akan perjanjian yang diluar logik akal ini! Syukur kepada Allah SWT yang sudi memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat bagi membuka jalan membongkar kezaliman UMNO-BN!
Teman juga membayangkan, bagaimana pula sekiranya PR dapat menguasai negeri-negeri yang jauh lebih miskin daripada Selangor tetapi kerajaan negeri tersebut kelihatan sangat 'mewah' berbelanja! Cuba sama-sama kita bayangkan apa akan berlaku sekiranya PR berjaya menguasai Melaka? Wah! Sangat kasihanlah kepada pimpinan PR Melaka yang akan menjadi Ketua Menteri kelak! Mungkin cabarannya lebih hebat daripada apa yang sedang dialami oleh Ustaz Azizan di Kedah! Kerajaan PR Kedah sekarang ni terpaksa berhempas-pulas memperbaiki segala 1001 kerosakan dan hutang piutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan UMNO-BN Kedah yang terdahulu! Sangat menyeksakan berbanding apa yang dialami oleh Lim Guan Eng di Puau Pinang dan Nizar di Perak sedikit masa dahulu.
Kesimpulannya, perubahan amat perlu dilakukan oleh rakyat setiap negeri yang diperintah oleh Kerajaan UMNO-BN ini. Hanya dengan cara itu sahajalah segala kezaliman dan penyelewangan yang sedang tersimpan rapi dibawah akta-akta mengarut itu akan terbongkar! Amatlah mustahil kita mengharapkan Kerajaan Negeri-negeri UMNO-BN ini akan insaf dan membuka segala isi perjanjian mereka! Ibarat mengharapkan Israel menyerahkan kembali tanah Palestin!
Lihatlah bagaimana perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan PLUS yang menjadi alasan saban tahun untuk menaikkan harga perkhidmatan lebuharaya! Sedangkan apakah isi perjanjian itu pun dihalang daripada dilihat oleh rakyat! Bukankah sudah jelas?
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada rakyat Malaysia untuk membuat perubahan secara nasionalnya pada PRU yang akan datang!
Hidup Rakyat!
Hidup Keadilan!
Tumbang Kezaliman!
Takbir!
sunsnake 08122010
S'gor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS
Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.
Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu. Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.
Berita Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bagus sdr sunsnake. rencana sebegini perlu dihebahkan untuk pengetahuan rakyat semua. kita mahu rakyat proaktif dalam pemerintahan negeri terutama dibawah kerajaan pr.
jazakallah Yob..
Sama2 kita usaha selamatkan malaysia daripada kezaliman dan penipuan!
Post a Comment