Teman dah post isu jalanraya kat area Bukit Beruntung yang makin teruk hari tu..
Boleh refer kat sini..
teman dah adukan secara rasmi melalui Aduan@portal Majlis Daerah Hulu Selangor..
Tapi sampai la ni belum ada apa-apa jawapan..
Teman dah tanya kat beberapa orang ahli majlis yang berada di area Bukit Beruntung...
Pun tiada jawapan..
yang pasti jalan makin lama makin teruk!
Lubang kat jalan tu makin lama makin besor!
hati teman makin lama makin panas!
Teman kompom hati rakyat kat sini pun makin lama makin meluat!
Tak kira la siapa pun memerintah..
Pastinya berkuasa ke atas semua PBT yang ada..
Kalau isu jalan ni pun lembab..
Tak payah sembang isu lain laaaa...
Ni.. teman paparkan gambo2 lubang dan lokasinya..
Mana la tahu.. pihak-pihak berkenaan dah cari tapi tak jumpa!
Aduyaiiiii...
sunsnake 09122010
Lubang paling 'worst' di Jalan Bukit Sentosa 1, hadapan A-Smart jugak!
Berhampiran restoran milik ahli majlis dengornya... aduhhhh!
Berhampiran restoran milik ahli majlis dengornya... aduhhhh!
memenuhi hampir keseluruhan jalan..
hampir tiada ruang untuk kenderaan seperti kereta untuk mengelak!
Logik ke lubang sedalam ini dah berbulan-bulan dibiarkan tanpa ada pihak nak membaikinya?
Dah berapa banyak kenderaan rosak termasuk kemalangan penunggang motosikal!!!
Nak salahkan Kerajaan Pusat juga ke?
Lubang berhadapan Restoran Salam Bistro.. (Traffic Light)
Dah berapa banyak kenderaan rosak termasuk kemalangan penunggang motosikal!!!
Nak salahkan Kerajaan Pusat juga ke?
Lubang berhadapan Restoran Salam Bistro.. (Traffic Light)
(Traffic Light)
jalan Bukit Sentosa 1 jugakk!!
Lubang di persimpangan berhampiran Balai Polis Bukit Sentosa..
pun dah banyak kali berlaku kemalangan..
takkan asyik nak salahkan takdir??
pun dah banyak kali berlaku kemalangan..
takkan asyik nak salahkan takdir??
Aduhhhh!!!
6 comments:
haiii MP baru mana?? takkan assik melawat FELDA jew??? hiksss
hehehe... Ustaz Kamal ka?
ntah? dulu janji nak pindah sini..
tak sure dah pindah ke belom!
nampak macam jalan2 itu baru di tar semasa prk. kerja di arah oleh muhyidin. jkr pun cepat2 dan cincai2 buat. sekarang apa sudah jadi? dari gambar bolih nampak lapisan tar yanf baru amat nipis. mana bolih lekat pada tar yang lama. takkan majlis di salahkan tak buat kerja?
yong..
kalau benor pun.. takkan nak tengok saja? rakyat bukan tahu pun apa puncanya..
yang depa tahu.. apsal tak direpair!
BN punya perangai memang kita semua sedia maklummmm...
Salam...
Ustaz Kamal punya kereta suspension bagus.. setakat lopak macam tu dia langgar tak rasa punya..
Anak sungai..
W.salam..
teman dah try lalu kat lubang2 tu guna Hilux..
perghh!!! bergegor juge!!
Kalau kena kat kancil..
perghhh!! mau runtuh bumbung kete!!
Bahayanye time hujan..
mana nampak lubang2 tu semua..
semua nampak rata je dek ayor!
Post a Comment